Isnin, 8 Februari 2010

Pesanan Nizar Kepada Penyokong Pakatan Rakyat

Berikut apa yang ditulis MB Nizar dalam blog beliau sempena keputusan Mahkamah Persekutuan esok yang akan menentukan siapa MB Perak yang sebenarnya;

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

3 ulasan:

  1. InsyaALLAH setiap yang benar itu pasti akan KEBENARANYA setiap yang batil itu pasti akan KEBATILANYA..walau apa pun keputusan esok kita perlu ISTIQOMAH dalam perjuangan.. TAKBIRRRR!!!

    BalasPadam
  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Saya simpati dengan Nizar Jamaludin memohon agar warga Perak mendoakan 5 Hakim yang akan membuat keputusan ,SIAPA MENTERI BESAR PERAK YANG SAH .Hello DS Nizar sedar tak siapa yang bayar gaji 5 Hakim tersebut ? Ini bukan Hakim yang di bayar oleh Allah SWT dan ini bukan Mahkamah pandang Mashar nak pakai doa doa . Ini Mahkamah Dunia .Lupa ke? DS Nizar "ALLAH SWT TIADA KUASA UNTUK MERUBAH SESEORANG ( termasuk 5 Hakim Dunia ini ) MELAINKAN KAUM E2 MERUBAH SENDIRI . Klau yang Ini pun tak faham DS Nizar susahlah.hj jamaludin

    BalasPadam
  3. Nizar..Nizar...Aku pun tak taulah nak kata apa lagi.. Itula..Dengan penyangak pun hangpa nak main tipu-tipu.. Lastly, hangpa juga yang duk nganga.. Orang lompat masuk join hangpa, takpa..hangpa celebrate sakan..Alih-alih bila orang lompat keluar, hangpa jadi bebal..hysteria.. Benda yg busuk hangpa rhodong seronok kata wangi sebelum ni..Last-last dah jadi belemoih dah...Bodo...

    BalasPadam