Ahad, 7 Februari 2010

Sebut Saja Nak Bincang Dengan Umno Bala Terus Sampai!

Blog-blog penyokong Umno boleh buat apa saja terhadap orang lain samada untuk tujuan fitnah,aibkan orang dan buat gambar guna teknik tertentu untuk malukan pemimpin politik termasuk MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz.Blogger-blogger ni mereka cari makan dengan Umno,mereka dibayar upah tak macam blogger-blogger pro Pas dan Pakatan Rakyat yang tak mengharapkan apa-apa bayaran daripada mana-mana pihak.

Aku rasa tak payahlah pemimpin Pas gatal mulut nak bincang apa dengan Umno ni parti yang dah busuk dan jijik itu.Buang masa dan boleh jadi fitnah pula sesama ahli Pas.Dah la kes hari tu (UG) baru nak kebah demam ni dah pakat pula nak bincang-bincang dengan Umno pasal Islam.Umno ni kalau nak kepada hukum Islam dah lama dah Umno bubar parti Umno,semua dah pakat 'sedaq'(bukan NGO yang di Pulau Pinang tu) masuk Pas belaka dah!

Baru sebut nak bincang pasal Islam dengan Umno tup tup bala dah sampai pada Tok Guru Nik Aziz iaitu kes blogger Umno yang dajalkan gambar Tok Guru diliwat Anwar! Kerja sapa tu kalau bukan kerja Umno? Umno mungkin tak mengaku kata tu kerja dia ,kerja individu blogger terbabit tu yang akan Umno jawab.Berak tengah jalan mampoih tak ngaku.

Maknanya dengan Umno ni sebut Pas nak buat baik sikit walaupun besaq hama,besaq biji sawi Tuhan tak redha dah. Pemimpin Pas tok sah lah pakat lawan gayung bersambut dan macam main sepak raga bulat pakat-pakat lawan sepak sesama sendiri nak bincang berbaik dengan Umno . Ini semua kerja mengarut!

Apakah pihak polis akan bertindak terhadap blogger yang aibkan Tok Guru sama macam tindakan polis yang tahan reman Aduka Teruna yang dikatakan hina Sultan Johor?Apa kata Tok Guru solat hajat dan semua orang Pas solat hajat supaya ditunjukkan yang benar itu benar dan yang batil itu tetap batil terhadap blogger terbabit?

Kata orang berkawan dengan toke minyak wangi ,bau wangi kita dapat .Berkawan dengan orang yang bau taik dan najis bau busuk yang kita dapat!

Berkaitan
Pas buat laporan polis blog siar imej Anwar 'liwat' Nik Aziz-Malaysian Insider
Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan