Ahad, 14 Februari 2010

Isu Maulidur Rasul Ganti Isu Kalimah Allah

Isu kalimah Allah dah reda sekarang isu baru pula ditimbulkan Umno dengan membangkitkan pula isu pembatalan perarakanMaulidur Rasul di Pulau Pinang.Ketua Menteri Pulau Pinang pula nafi kata perarakan tersebut dibatalkan dan turut jemput pemimpin Umno sertai perarakan MaulidurRasul di Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaludin yang disisihkan oleh Umno sendiri cabar Lim Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang supaya buktikan bahawa perarakan Mualidur Rasul tak dibatalkan.

Hari tu pakat berebut Kalimah Allah,semua pihak pakat bincang,pakat debat isu Allah sampai bakar-bakar gereja dan masjid sekarang pakat timbul isu perarakan Maulidur Rasul pula. Itulah kerja Umno tak habis-habis timbulkan isu yang ada kaitan dengan agama supaya Umno dilihat sekarang ini bukan lagi parti Melayu tapi Parti Islam!

Umno tahu dengan mainkan isu agama orang Melayu akan terikut-ikut rentak Umno dan Umno dah pun berjaya pengaruhi orang Melayu yang terpedaya dengan Umno dalam isu agama.Dulu Umno kata Pas peralat agama untuk kepentingan politik.Sekarang Umno pula sedang jilat-jilat tuduhan terhadap Pas itu untuk tipu orang Melayu.Umno tak dapat tipu Cina ,sebab orang Cina lagi bijak berpolitik daripada Umno.

Berkaitan;
Khairy desak Guan Eng beri penjelasan-Utusan Malaysia Online
Pas:Perarakan Maulidur Rasul bukan wajib,Umno politikkan isu-Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan