Mereka-mereka ini hanya membaca media perdana yang pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian saja.Cerita liwat dibesar-besarkan dan jadi tajuk utama dengan memberikan gambaran yang mengaibkan sementara isu Nasir Safar yang hina orang Cina dan India tidak jadi bahan utama media mereka walaupun isu yang ditimbulkan Nasir itu boleh cetuskan rusuhan kaum dan rasa tidak tenteram rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Kesalahan pemimpin Umno yang boleh didakwa di bawah akta hasutan itu dibela pula oleh Ngo-Ngo pro Umno.
Mungkin apa yang dilaporkan oleh MerdekaReview ini ada benarnya;
Keterlanjuran Pegawai Khas Perdana Menteri, Nasir Safar dalam seminar "1 Malaysia" di Melaka pada 2 Februari dengan kenyataan perkaumannya, berakhir dengan perletakan jawatan dirinya, dan disusuli dengan siasatan polis di bawah Akta Hasutan 1948.
Berita ini mendapat liputan luas dalam media bahasa Cina, malah mengundang komen daripada penganalisis politik dalam kolum masing-masing. Sementara di akhbar bahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, berita ini hanya mengisi ruang yang kurang menonjol.
Kenyataan Nasir Safar seperti yang dilaporkan, "kaum India dan Cina adalah pendatang", "Cina terutamanya wanita datang untuk jual tubuh", bukannya sesuatu yang baru, seandainya kita belum terlupa Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera yang bernama Ahmad Ismail (gambar kanan).
Namun, disebabkan Nasir Safar sebagai orang yang berada di sisi Najib Abdul Razak, yang dikhuatiri akan mencalit gagasan "1Malaysia"-nya, maka beliau "dikorbankan", sebelum lumpur padanya terpalit kepada yang lain.Baca lanjut di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan