Khamis, 4 Februari 2010

Imej Pas Tercemar-Khalid Samad

Kata Khalid Samad mengulas keyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang kecewa dengan sikap ahli-ahli Pas yang mempertikaikan keputusan JK Disiplin Pas atas penggantungan jawatan Khalid dalam Pas Selangor dan Pas Pusat selama 6 bulan;

KESAN KEPUTUSAN JK DISIPLIN

Saya tidak bersedih kerana digantung jawatan. Kita berjuang bukan kerana jawatan. Saya sedih kerana hasil keputusan JK Disiplin, imej PAS tercemar. Selama ini PAS dilihat sebagai ‘weak link’ di Selangor. Apabila disebut kerajaan PR akan jatuh kerana ada yang akan melompat, semua melihat pada PAS. Sehingga PJ terpaksa mendedahkan isu ‘Baiah taklik’ untuk meyakinkan rakan-rakan PR. Namun tindakan beliau menyanggah beberapa keputusan PR secara terbuka terus mengundang kesangsian.

Keputusan JK Disiplin mengukuhkan kesangsian ini. Rakyat melihat PAS tidak kommitted kepada usaha menjayakan PR Selangor kerana yang menimbulkan masalah tidak dikenakan tindakan. PAS terus dianggap mempunyai ‘perancangan rahsia’ dan ‘agenda tertentu’ seolah-olah hanya menunggu masa untuk bersama BN.

Sekali lagi kita tidak boleh salahkan rakyat atas andaian tersebut. Kita yang menimbulkan kesangsian dengan tindakan kita sendiri. Amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan PAS untuk bersama PR setelah apabila mereka baru sahaja mahu percaya, kita yang menimbulkan kesangsian kembali. Amat malang bagi PAS, peluang keemasan untuk membuktikan kesungguhan kita akhirnya terlepas begitu sahaja, malahan ditambahkan pula kesangsian.

Saya setuju dengan kata-kata TITM, “kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah”. Malangnya, bagi saya, keputusan JK Disiplin yang banyak menyusahkan PAS berbanding kritikan dan teguran ahli. Minta maaf banyak-banyak.Baca lanjut di sini
.

Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang kecewa dengan sikap ahli-ahli Pas itu ada di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan