Sabtu, 6 Februari 2010

Pas Umno Abang Adik?

Tentu ramai yang tertanya-tanya dan terkejut betulkah Tok Guru Nik Aziz nak ajak Umno berbincang dan muzakarah dengan Umno? Jika nak muzakarah atau berbincang pun sudah tentu bukan dalam soal kerjasama politik tapi lebih kepada soal yang berkaitan dengan agama Islam.Seperti diketahui ramai Tok Guru Nik Aziz adalah penentang kuat Kerajaan Perpaduan Pas- Umno.Tak mungkin akan ada kerjasama politik kerana kalau ada lepas ni Pas Umno akan jadi 'abang adik' pulak lah.

Kata MB Kelantan itu muzakarah atau persoalan yang timbul ialah kenapa Umno tolak perjuangan Islam yang dibawa Pas?Itu persoalan utama yang timbul sejak 50 tahun yang lampau mengenai sikap Umno terhadap Pas.Pemimpin Umno pula pantang dengar Pas pelawa terus dijadikan modal politik untuk kucar-kacirkan Pas dan pakatan rakyat.

Berkaitan
Pas sedia dialog dengan Umno isu Islam dan rakyat-Harakahdaily
Nik Aziz offered discussion on religion,not Unity Goverment-Harakahdaily
Najib:Pas perlu konsisten jika mahu bincang-Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan