Jumaat, 5 Februari 2010

Umno Kelantan Berbelah Bagi Isu Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang(Umno) telah dikritik hebat oleh pemimpin Umno hanya semata-mata kenyataan Ku Li yang mahu kerajaan pusat bayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan bukannya wang ehsan.Tindakan Ku Li berceramah di atas pentas Pas dalam isu royalti telah menyebabkan ada yang minta Ku Li dipecat daripada Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Gua Musang.Ada yang minta Ku Li keluar daripada Umno dan sertai Pas atau PKR.

Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang Datuk Nozula Mat Diah pula pertahankan Ku Li dan berkata hanya pucuk pimpinan Umno yang boleh buat keputusan bukannya lain-lain pemimpin Umno.Beliau mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang gesa Ku Li keluar daripada Umno.

Lapor Berita Harian Online;

"Kita ada pucuk pimpinan tertinggi dalam parti dan serahkan mereka buat ketentuan tindakan terhadap Ku Li. Kita di bawah jangan memandai buat desakan serta tuduhan tidak berasas.

"Kenapa perlu berbalah sesama sendiri dan hormat sikit kepada Ku Li sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada Kelantan dan tidak pernah kalah pada setiap kali pilihan raya,"

Beliau menyifatkan tindakan Anuar itu sekadar mengundang kebencian rakyat terhadap diri sendiri kerana tampil membuat desakan itu ketika pemimpin tinggi lain masih berdiam diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan