Khamis, 4 Februari 2010

1 Malaysia Hanya BOHONG!

Kenyataan berunsur perkauman Pegawai Khas PM Najib menggambarkan 1Malaysia yang diperkenalkan PM Najib hanyalah satu retorik politik dan sandiwara kepada rakyat Malaysia.Ianya sama dengan dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan Pak Lah semasa jadi PM dulu yang sekarang telah berkubur setelah Pak Lah tak berkuasa lagi.Disebut orang pun dah tak ada lagi sekarang ini Islam Hadhari.

'Projek' 1Malaysia itu untuk gantikan Islam Hadhari tak lebih daripada itu.Buatlah atas nama apa pun selagi Umno amalkan 'Malaysia hanya untuk satu bangsa saja' (berdasarkan kata-kata Pegawai Khas PM) yang pada hakikatnya kita berbilang bangsa selagi itulah api perkauman dan sengketa antara kaum akan terus marak.Bila dah reda api perkauman ditiupkan semula.Sebagai contoh mula-mula bakar gereja,lepas tu bakar surau.Lepas bakar surau letak kepala babi dalam Masjid.Semua ini dirancang secara rapi supaya agenda perkauman dan sentimen agama berterusan dari masa ke masa.Semua ini kerja siapa?

Projek 1Malaysia hanya membawa kepada pembaziran wang rakyat kerana tujuannya sejak diperkenalkan langsung tidak berkesan hanya kayakan kroni Umno saja.


Najib Tun Razak bersama Rais Yatim dan Liow Tiong Lai melihat sebahagian contoh baju batik 1Malaysia yang diperagakan oleh model di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.-Gambar UtusanMalaysia Online


Berkaitan;
Jika pemimpin PR cakap macam Nasir,pasti kena ISA
-Harakahdaily
Hakikat orang kanan Najib tak setuju 1Malaysia-Harakahdaily
Hishamuddin:Polis sudah buka fail kes Nasir Safar-Malaysian Insider
Ibrahim Ali bersimpati nasib pegawai khas Najib-Malaysian Insider
"Kerakyatan bukan bumiputra tidak boleh dipersoal"-Tun Mahathir(Utusan Malaysian Online)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan