Mengapa orang Melayu terus percaya kepada berita adu domba Umno?Umno bohong apa pun orang Melayu (bukan semua) tetap percaya.Umno sama saja macam tok bomoh yang mengubat orang sakit.Kena demam sikit tok bomoh bagi tau kena buatan orang,jiran sebelah rumah yang buat,si pesakit pula terus percaya lalu dengan jiran sebelah rumah yang baik selama ini jadi tak mesra,berkelahi dan bermasam muka.
Perangai Umno tak pernah berubah dalam bab berbohong pada orang Melayu.Bohong Umno bertambah-tambah bila mereka kalah teruk dalam pru-12 yang lalu.Isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang pun Umno sanggup kelirukan asalkan boleh jadi isu untuk gambarkan buruknya Pakatan Rakyat di Pulau Pinang terhadap agama Islam.
Maka berkinja-kinjalah orang Melayu bertempik kata Lim Guan Eng batalkan program Maulidur Rasul yang jadi keutamaan orang Melayu .Orang Melayu marah kerana percaya cakap Umno yang pembohong itu.Orang Melayu tak sensitif bilamana orang Melayu-Islam jadi murtad,buang anak tepi jalan,depan pintu pagar masjid ,dalam tong sampah dan bakar anak baru lahir dalam gumpalan sampah.
Orang Melayu amat sensitif dengan Maulidur Rasul .Orang Melayu tak sensitif bilamana Nabi Muhammad SAW dihina dalam bentuk kartun,mereka tak rasa apa pun bab-bab macam ni! Umno jadi candu kepada orang Melayu yang tak tau apa-apa selain percaya saja bulat-bulat apa Umno cakap.
Bab-bab berbohong ni Umno memang juara.Umno tak sanggup untuk jadi juara basmi zina di kalangan anak-anak muda Melayu yang semakin menjadi-jadi, remaja Melayu teguk arak macam minum air suam tak rasa berdosa, orang Melayu berpeluk-peluk dalam komuter,LRT dan khalayak ramai Umno tak ada rasa nak basmi sikit pun benda-benda macam ni sebab Umno lebih berminat buat kempen fitnah untuk jadi juara politik di Malaysia.Orang Melayu nak lingkup nak mampoih itu Umno tak peduli janji umno dapat kuasai politik negara sudahlah!
Berkaitan;
Isu Maulidur Rasul:LGE kecam Utusan,KJ-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan