Rabu, 10 Februari 2010

Tendang Penalti Pun Tak 5-O

Berkata dua orang salesman Cina kepada aku tentang keputusan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang istihar Zambry sebagai MB Perak," Kenapa hakim-hakim itu semuanya orang Melayu? Kenapa tidak diambil daripada kalangan yang berbilang bangsa untuk menghakimi kes yang besar yang libatkan sebuah kerajaan negeri?Keputusan mungkin berbeza jika ada hakim di kalangan orang Cina dan India. Ini baru menunjukkan Satu Malaysia yang diuar-uarkan PM Najib."

Kata Cina tu lagi,"kalau kita main bola bila dua pasukan seri ,untuk tentukan siapa juara kita kena tendang penalti sorang 5 biji.Jarang sangat satu pasukan saja yang tendang bola penalti 5 biji semua masuk dan satu pasukan lagi tendang 5 biji jugak sebiji pun tak masuk."Kata beliau lagi keputusan hakim terhadap kes Nizar itu jugak sudah menunjukkan pintu penjara sudah terbuka luas untuk sambut Anwar masuk ke dalam!

Ustaz Ahmad Awang bekas Naib Presiden Pas pula berkata;

“Kenapa tidak tujuh? Keputusan ini memang sudah dijangkakan, tetapi takkanlah sampai 5-0, sekurang-kuranganya 4-1.

“Bila sebulat suara, kita lihat maca (hakim) pakat. Majoriti rakyat tidak dapat terima keputusan ini,” katanya.-Malaysiakini

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu juga menunjukkan parti-parti politik yang menang pilihanraya dan berkuasa tubuh kerajaan tidak selamat kerana mereka masih boleh dicabar di Mahkamah untuk tentukan siapa yang berkuasa bukannnya rakyat yang telah pilih mereka.

Speaker Dun dan Parlimen juga tak berkuasa kerana kuasa Mahkamah lagi berkuasa daripada mereka.Kuasa Sultan dan Yang Dipertua Negeri boleh pilih mana-mana kerajaan yang dia suka dan yang dia tak suka. Nak pilih yang kalah jadi MB pun atas kuasa Sultan..

Baca juga;
February:Najib menyerang-MerdekaReview

Tiada ulasan:

Catat Ulasan