Khamis, 4 Februari 2010

Negara Kita Tak Ada Apa -Apa Lagi Yang Rahsia

Apa lagi yang hendak dirahsiakan dalam negara kita ?Pendedahan Menteri Pertahanan yang mengatakan rahsia ketenteraan negara kita telah disalurkan kepada sebuah kedutaan asing di negara ini merupakan satu malapetaka besar kepada negara.Akta Rahsia Rasmi dah tak berguna.

Semua dah jadi terbuka hatta cerita dalam mahkamah dalam isu liwat perkataan-perkataan yang rasa geli geleman didengar dah jadi bahan ketawa dan disensasikan media samaada media alternatif atau media pro Umno. Masing-masing pulun habis-habisan untuk jadi yang pertama siarkan benda-benda jijik dalam Mahkamah untuk tatapan umum.Orang Malaysia memang suka baca bahan lucah agaknya. Bagi blog cikai aku ini langsung tak akan cerita apa-apa pasal kes Mahkamah tu .Benar atau tidak Allah saja yang Maha Mengetahui!

Lapor Malaysia Insider:Zahid:Rahsia tentera bocor,disalur kepada kedutaan asing

Maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia didapati bocor dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing di negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini.

Sehubungan itu Zahid memberi amaran mereka yang didapati terlibat dalam perbuatan seumpama itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Menteri itu berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam waktu terdekat sebelum mengeluarkan butiran lanjut.

Pendedahan ini merupakan isu kedua melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sejak kebelakangan ini. Akhir tahun lalu negara digemparkan laporan kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM.

Sementara Berita Harian Online melaporkan;

Ahmad Zahid berkata, maklumat itu dibocorkan oleh orang dalam ATM yang dipercayai diupah kedutaan berkenaan.

"Saya akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk memberikan taklimat berhubung perkara ini sebelum mengumumkan secara terperinci kepada media," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, pagi ini.

Ditanya apakah kedutaan terbabit adalah kalangan negara rantau ini, Ahmad Zahid berkata ia "jauh sikit".Baca di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan