Timbalan Perdana Menteri berkata Umno memandang berat tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu.
“Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan pusat atau platform Umno...saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS.
“Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan-kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Jan lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.
Muhyiddin berkata bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalty minyak.
“Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya.
“Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi serah kepada kebijaksanaan Ku Li,” katanya.
Bernama/Malaysian Insider
Itulah perangai pemimpin Umno yang cuba menutup kebusukkan parti sendiri dengan membuka pekung parti lawan hatta sanggup berbohong dalam isu perarakan Maulidurrasul di Pulau Pinang.TPM Muhyidin Yasin cuma tak kata Ku Li lebih baik dipecat atau dihumban ke dalam longkang semata-mata Ku Li bercakap tentang kebenaran perjanjian royalti antara Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan.
Ku Li yang mau pertahankan nasib anak bangsanya dianggap sebagai pembelot dan penderhaka kepada Umno hanya semata-mata pertahankan royalti untuk Kelantan.Busuk parti Umno cuba ditutup dengan mengkisahkan pembohongan demi pembohongan kepada orang Melayu yang diperdayakan dengan kempen 'Umno Juara Rakyat'.
Sebenarnya Umno sekarang ini gunakan semua media massa,kerahkan seluruh jentera media yang mereka kuasai menyerang parti lawan dan sanggup berbohong dan mereka cipta isu supaya isu enjin jet hilang,kapal selam tak boleh menyelam dan isu Altantuya yang kembali panas berikutan pendedahan P.Balasubramaniam,penyiasat persendirian yang mengatakan Pegawai Khas PM Najib ada ditempat kejadian semasa Altantuya diculik .Begitu juga dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing tapi digambarkan kepada rakyat ekonomi kita teguh ,kuat dan kukuh. Nilai duit kita dengan jiran Thailand pun dah tak sama.Depa dah tak pandang dah duit kita.Tapi apa boleh buat otak orang Melayu masih ramai bertuhankan umno dan mendewakan Umno untuk talian hayat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan