Dah setahun dah Zambry Abdul Kadir jadi MB Perak melalui drama rampasan kuasa dengan terjunnya 3 0rang wakil rakyat pakatan dan istihar sokong BN walaupun tak masuk BN.MB Nizar telah bawa isu jawatan MB Perak yang sah ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi istihar Nizar MB yang sah.Zambry yang tak puas hati bawa pula keputusan Mahkamah Tinggi itu ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan pula istihar Zambry MB Perak yang sah.
Pada 9 haribulan ini Mahkamah Persekutuan pula akan buat keputusan siapa pula MB yang sah di Perak.Yang lebih berdebar dan gabra akan keputusan yang akan diumum Mahkamah ialah Zambry bukan Nizar.Biasalah ambil hak orang cara haram hidup bukannya rasa selamat bahkan Umno akan malu besar jika keputusan itu memihak Nizar pula kali ini sebagai MB yang sah di Perak.
Adakah Umno akan terima keputusan Mahkamah dengan berlapang dada jika memihak Nizar?Apakah Umno tidak membuat perancangan rapi untuk ganggu gugat sekali lagi jika Nizar diistihar MB yang sah di Perak?Nizar pula seolah-olah begitu yakin akan mendapat kembali jawatannya itu tapi jika apa pun keputusannya nanti adakah Dun Perak akan bubar selepas keputusan Mahkamah itu. Jika memihak Zambry mampoih Zambry tak mau dun Perak bubar.Dia hanya pandai cakap merapu suruh Pakatan Rakyat di Perak bubar kerusi mereka dan diadakan pilihanraya semula .Fikiran Zambry tak tenteram hinggalah diistihar siapa MB Perak yang sah pada 9 februari nanti.
Baca juga
Nizar dakwa BN rancang satu lagi 'rampasan kuasa'-Malaysian Insider
Nizar:Saya tak akan mengaku kalah-Malaysian Insider
Zambry: 'Barangkali senyuman saya...'-Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan