Khamis, 4 Februari 2010

Pulau Pinang Bukan Tempat Brahim Ali

Berkata seorang kawan daripada Utara ,"Buat apa la Brahim Ali tu nak pi demo dekat Pulau Pinang tu, orang Melayu ada berapa kerat saja di Tanjung tu, boleh kira dengan jari jika dibandingkan dengan bukan Melayu. Pulau Pinang bukan tempat Brahim.Nuu Kelantan sana 100% orang Melayu.Tak kira la dia orang Pas ka Umno ka depa semua Melayu,wakil rakyat semua Melayu."

Brahim Ali memang dah tak laku di Kelantan.Orang Kelantan dah tolak Ibrahim Ali kalau berdasarkan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang menyebabkan Brahim Ali hanya dapat 415 undi dan hilang wang pertaruhan!Dalam pilihanraya 2004 Brahim Ali bertanding atas tiket bebas dan kalah ditangan calon Pas Ustaz Ismail Noh setelah ditendang keluar daripada Umno.Brahim Ali yang juga Presiden Perkasa kembali jadi MP Pasir Mas setelah menang dalam pru -12 atas tiket Pas.Sekarang Tun Mahathir jadi penyokong kuat Brahim Ali yang tubuh Perkasa.

Orang Melayu Pulau Pinang ada yang miskin,sederhana dan kaya macam juga rakyat Kelantan yang bermacam-macam taraf.Orang Melayu Pulau Pinang kalau miskin dan terpinggir pun bukan baru setahun dua ni tapi dah 50 tahun dah miskin disebabkan Umno juga bukan orang lain,sebab Umno yang jadi pemerintah bersama Gerakan lagi lama daripada DAP dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Jika Dap dan Pakatan Rakyat juga amalkan cara yang sama terhadap Melayu Pulau Pinang maknanya dua kali lima, lima kali dua!

1 ulasan:

  1. Beghaim Ali memang bengong se bengong... Penjilat umno laknat no 1

    BalasPadam