Khamis, 18 Februari 2010

Lompat Masuk Pas Tak Pa Jangan Masuk BN

Tok Guru Nik Aziz menyatakan orang yang melompat parti melakukan dosa dan mereka mesti mohon maaf kepada pengundi yang pilih mereka.Kalau 10,000 pengundi yang pilih bermakna 10,000 tu jadi tanggungjawab calon yang dipilih.Calon yang melompat parti dianggap sebagai pengkhianat kepada pengundi yang pilih mereka.

Bagaimana pula jika wakil rakyat lompat masuk Pas? Ini kata Tok Guru dalam laporan Sinar Harian Online;

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.

“Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya.

Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan.

“Kita pilih apa sekali pun, pilih orang, jadi suami, isteri, kawan, mana kita nak teka dalam perutnya waktu kita pilih. Kita dia sebab kita rasa dia ni betul. Tetapi dalam perutnya kita tidak tahu macam mana. Wallahualam,” katanya. Baca di sini

Baca juga;
Tiada peluang Zulkifli kembali kepada Pas-Malaysiakini
Zulkifli 'larikan diri' dari lembaga disiplin-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Ha..ha..ha..merheben apa Nik Aziz oi.. Haram kat orang..halal kat hang... Haram tetap haram jadah la..
    Boring betui...dah tak ketahuan hala dah.. Aleh-aleh perut dia saja yang bersih..bilamasa malaikat mai pi cuci entah....

    BalasPadam