Rabu, 24 Februari 2010

Curi enjin jet tu bukan dua orang!

Memang betoi la apa kata Ahli Parlimen Kepong tu Tan Seng Giaw bahawa adalah mustahil enjin jet F-5E tu hanya dua orang saja yang curi atau hanya dua orang saja yang buat kerja tu sampai boleh hantar pi luar negara!

Ya la banyak proses yang nak kena buat sampai boleh ambik jet enjin tu bawak lari ke luar negara.Pass masuk dan pass keluar ke tempat enjin tu mesti ada takkan main terjah macam tu saja .Takkan semua security tidoq, kastam pejam mata kerana mengantuk sampai enjin boleh bawak keluar buta macam tu ja.Kalau tidoq2 ayam tu aku percaya la sebab dah kena 'makan suap' atau 'tumbuk rusuk'.

Lapor TVSelangor.com;

Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini melawat gudang TUDM di Sungai Besi Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran bagaimana dua enjin itu diseludup ke luar Negara.

Seorang ahli jawatankuasa menolak pendirian kerajaan bahawa hanya dua orang terbabit dalam melenyapkan aset pertahanan Negara itu.

" Saya fikir mereka tahu siapa yang terlibat, mereka ialah satu kumpulan. Ada antara mereka menunggu d i luar kem. Mereka bergerak dalam bentuk kumpulan kerana tempat tersebut besar.. Ia sebuah kompleks," ujar Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.

Menurut Seng Giaw, rumusan itu diputuskan oleh ahli jawatankuasa PAC pagi tadi setelah mengadakan lawatan kira-kira 4 jam ke MATRA 1.Baca lagi di sini.

2 ulasan:

  1. ambo pun kata gitu jugak lama dah...

    BalasPadam
  2. salam, gua mau celah sikit je berkenaan enjin jet yang hilang tu, memang tak masuk akai kerja 2 orang je, memang lagi tak masuk akai Zahid hamidi kata pegawai atasan tak terlibat, apa susah sangat, semak balik Lembaga Semak Stok berakhir Disember 2007, 2008, tengok sapa pegawai yang jadi YDP Audit tu, baru le tau sapa pegawai yang terlibat, itu pun depa tak tau ka, bodoh, bangang, atau depa buat-buat tak tau sebab tak mau melibatkan pegawai le katakan

    BalasPadam