Khamis, 6 Januari 2011

'Dimakan mati mak ,diluahkan mati pak'

Akhirnya Mohd Khusrin Munawi telah jadi SUK Selangor yang sah. MB Selangor turut hadir di Istana Kayangan dalam majlis angkat sumpah Khusrin yang disekalikan dengan majlis yang lain di istana.Bijak memang bijak!

Kata MB Selangor Tan Sri Khalid,"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.-Malaysiakini MB:Hadir tak bermakna rela.

Majlis lain diistana hari ini ialah anugerah darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor.Tak boleh nak buat apa dah. Kot mana pun kena pi jugak. Ha ha. Tak pi nanti dianggap derhaka.Umno dan gerombolannya dok tunggu peluang jadi tukang cucuk jika MB dan exconya tidak hadir di istana nak kata kerajaan negeri derhaka macam burung helang nampak bangkai pantang lepa kira nak sambar.Kalau tak datang nanti 'semua akan kena dakwa hukum gantung dan bunuh' dengan 'Mat Bisul' dan budak-budak main mercun bom dan bunga api.Kalau tak datang kerajaan PR Selangor akan senasib dengan Perak.

Baca juga ;
Sultan Selangor pertahan Khusrin SUK sah.-TMI
Minta solat hajat kami dah tak larat-harakahdaily
Khalid:Kami hadir di Istana kerana setia kepada Sultan, usul pindaan diteruskan-Tv.Selangor
MB:Angkat sumpah Khusrin selepas sidang Dun (sumpah simpan rahsia)-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan