Jumaat, 7 Januari 2011

Politik kepala taik, bangsat dan pengecut

Siapa punya kerja simbah cat merah di pejabat Dun Seri Muda di Kota Kemuning awal pagi tadi?
(gambar sebelah pejabat dun Seri Muda)
Adakah ini mainan politik orang yang cerdik dan berakal?

Adakah ini kerja puak gerombolan yang mengaku perjuangkan bangsa Melayu dan kononnya nak pertahankan Raja-Raja Melayu?

Setelah media Umno dan NGO pro Umno puas buat provokasi inilah jawapannya dengan pihak-pihak tertentu menyimbah cat ke pejabat Dun Seri Muda.

Adakah hujah dan fakta dibalas dengan perbuatan bodoh dan hina sebegini?

Mengapa tidak saja dibuat forum terbuka debat hingga ke Subuh untuk tunjukkan kejantanan siapa sebenarnya yang cabut kuasa Raja dan bangsatkan orang Melayu. Mengapa jadi begitu penakut untuk berhujah ? Bukankah hujah dijawab dengan hujah? Kalau hujah dijawab dengan simbah cat , berlagak jadi 'gengster', politik murahan , politik kepala taik dan pengecut hanya berani dalam gelap baru setaraf politik filem Hindustan saja layaknya.

Simbah cat merah tandanya amaran, tandanya ugutan, awas! Inilah kerja orang kalah dan hilang arah yang pandai hanya politik ugut untuk takut-takutkan pihak lain.Inilah dunia politik kita, politik negara dunia ketiga tapi ngaku menuju negara maju.

Siapa berani mengaku kata mereka yang simbah cat? Ha ha mampoih tak ngaku. Yang jadi kepala taik pun tak ngaku tambah yang di bawah-bawah mampoih tak ngaku.

Baca juga;
Rumah Rocky Bru dipecah masuk , kereta dilarikan-Malaysiakini
Simbah cat ;Ada kaitan tulisan di blog?-Harakahdaily
Pejabat Adun Sri Muda disimbah cat merah-TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan