Khamis, 27 Januari 2011

Nik Aziz :Sedang Umno tolak Islam , MCA usah cakap hal Islam

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.

“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?

“Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam,” kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.

“Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.

“Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).

“Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer,” katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Ketika ditanya bagaimana peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil itu, Nik Aziz berkata ia terpulang kepada pengundi untuk membuat pilihan.

“Peluang (menang) terletak kepada pengundi, sama ada nak kekal jahiliah atau pilih Islam.

“Islam ada dua (pilihan), jahiliah atau Islam,” katanya.

Sebelum ini, Dr Chua menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.-Themalaysianinsider.

Abu Jahal dan Abu Lahab lawan Islam sebab depa bukan Islam dalam zaman jahiliah tapi Umno terang-terang melalui MB Johor Ghani Othman berucap depan orang India hina Islam , depan orang Cina hina agama sendiri demi untuk menangkan calon Umno-Bn di Tenang.Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin pun sama hina Islam!

Berkaitan;
Nik Aziz 'serang' Tenang-Malaysiakini









Tiada ulasan:

Catat Ulasan