Isnin, 3 Januari 2011

Khusrin punya hal pun mau guna ISA ka?

Inilah Umno parti yang sudah hilang akal dan tidak waras. Hanya kerana kerana PR tolak Khusrin sebagai SUK negeri Selangor lalu dikatakan derhakanya PR kepada Raja. Umno parti yang cabut kuasa Raja dan Sultan kata tahan saja Adun Sri Muda Shuhaimi di bawah ISA! Gila memang Umno dah gila.Tapi mana ada orang gila kata dia gila.

Pandangan profesor Dr Aziz Bari ada benarnya;

Aziz juga memberitahu, krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana.

“Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,” kata beliau lagi.

“Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.

“Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),” tambah beliau.Baca di sini.

Isu Khusrin dilantik Khusrin sebagi SUK Selangor menjadi senjata kepada Umno untuk putar belit apa saja termasuk mengheret Sultan untuk dilaga-lagakan supaya nampak kata PR dilihat derhaka Raja.

Laporan media Umno , Utusan Malaysia Online begitu meloya dibaca bagi yang mahu berfikir.

'Tahan Shuhaimi di bawah ISA';

UMNO Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.

Katanya, negara ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan kedudukan sultan atau raja diiktiraf sebagai ketua bagi sesebuah negeri.

Justeru beliau menegaskan, sebarang kenyataan atau tindakan oleh mana-mana individu yang mempertikaikan kedudukan serta bidang kuasa institusi itu merupakan satu pengkhianatan terhadap prinsip-prinsip Perlembagaan apatah lagi mengajak rakyat menentang asas perundangan negara.

"Kita memandang serius perkara tersebut atas dasar menjaga kedudukan Perlembagaan serta keselamatan negara ini. Tindakan Shuhaimi seolah-olah mahu mewujudkan fahaman anarki dalam masyarakat khususnya di Selangor.

"Ini amat membimbangkan dan kita mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuklah ISA sekiranya perlu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-Utusan Online.

Baca pula apa yang disebut adun Sri Muda dalam blognya srimuda.blogspot.com Pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959.

Umno begitu pengecut dan dayus terpaksa bergantung kepada akta zalim ISA untuk tutup segala kelemahan dan sifat pembohongannya kepada rakyat agar nampak Umnolah parti pembela Raja dan orang Melayu. Hanya Melayu yang jadikan media Umno sebagai kitab rujukan saja percaya dengan pembohongan yang dilakukan Umno untuk kembali berkuasa di Selangor.

Berkaitan;
SUK baru Khusrin masuk pejabat 6.45 pagi tadi-The Malaysian Insider
Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan-Malaysiakini
SUK:Khir langgar perlembagaan , KSN abai pentadbiran bijak-Harakahdaily


Tiada ulasan:

Catat Ulasan