Khamis, 6 Januari 2011

Pertemuan 24 Dis : PKR, DAP mahukan penjelasan

Pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasm parti Islam itu.

“Sebagai ahli Parlimen dan sebahagian daripada Pakatan, saya merasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dan juga DAP.

“Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)? Bagi PKR, secara jujur kami tiada petunjuk mengenai perkara ini, dan saya tidak fikir pemimpin-pemimpin kanan parti juga tahu mengenainya jika tidak dilaporkan oleh media,” kata Ahli Parlimen PKR dari Kapar S. Manikavasagam .

Manikavasagam berkata, PAS juga perlu “menghormati” anggota komponen Pakatan Rakyat dan tindakan pemimpin-pemimpin parti Islam itu boleh menjejaskan perikatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

“Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang atau mengumpat, kita perlu bersama dalam hal ini.

“Sesetengah ahli Parlimen Pakatan macam saya adalah orang kecil, jadi kami tidak tahu apa yang perlu di peringkat atasan... tetapi pemimpin-pemimpin atasan juga tidak tahu. PAS perlu menghormati anggota-anggota lain dalam Pakatan,” kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR ini.

Justeru kata beliau, PAS perlu mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.

“Bagi tahu kami. Apakah kami bukan anggota yang sama taraf (dalam Pakatan)? Orang ramai, penyokong kami juga ingin tahu... jika ia pertemuan antara pemimpin-pemimpin kanan BN dan Pakatan, kesemua wakil ketiga-tiga parti (dalam Pakatan) harus pergi (hadir sama),” kata Manikavasagam.-The Malaysian Insider.Baca lagi di sini.

Seorang kawan berkata kepada saya, "kalau Pas boleh jumpa Umno macam mana pulak kalau PKR jumpa Umno, Dap jumpa MCA?".

Adakah penjelasan Murshidul Am Pas tentang pertemuan 24 Disember tidak mampu yakinkan kawan-kawan Pas dalam PR ? Kalau kawan-kawan Pas tak yakin bagaimana pulak dengan ahli-ahli Pas dan penyokong Pas adakah mereka puashati dengan penjelasan Tok Guru?. Mereka akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang dibincangkan.

Sebelum sidang media isu 24 Disember ,Harakahdaily ada melaporkan kata-kata Murshidul Am Pas seperti berikut;

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup,” ujarnya.-Harakahdaily Ada Perkara Dibincangkan. Imej di atas Harakah keluaran terbaru edisi jumaat.

Baca juga;

Pertemuan saya Nik Aziz 'bukan pelik' , kata SU Agung PKR-The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan