Isnin, 31 Januari 2011

Umno menang tapi rakyat Tenang tak tenang

Bala Allah SWT tak kira negeri Umno-Bn atau PR perintah. Tak kira time mengundi atau gembira sambut kemenangan dalam prk Tenang.Bala banjir dah sampai ke Tenang ketika Umno dan konco-konconya ketawa sampai telinga syok dengan kemenangan BN di Tenang.Semua orang dah tahu kata BN akan menang tapi kalau PR yang menang pun sama tak tenang kerana air bah tenggelamkan rumah penduduk Tenang.Sekarang banyak daerah di Johor ditenggelami bala banjir yang datang sebaik saja keputusan di prk Tenang dimenangi Umno.

Hujan yang berlarutan sejak sebelum hari mengundi hingga ke hari ini telah menimbulkan suasana gelisah dan keluh kesah untuk menyelamatkan diri daripada menjadi arwah kepada mangsa banjir.Petugas-petugas kedua -dua parti yang keletihan sejak dua minggu yang lalu kerana sibuk berkempen dah pulang ke tempat masing-masing, yang tinggal penduduk Tenang yang hidupnya tak tenang ditenggelami banjir.

Seramai 1536 mangsa dipindahkan-Utusan Malaysia Online

Seramai 1,536 penduduk di sekitar Tenang di sini dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setelah beberapa tempat terutama kawasan rendah di sini, dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, empat kawasan utama dilaporkan terjejas akibat banjir.

Katanya, kawasan itu adalah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Kampung Sungai Gatom, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

Beliau berkata, kesemua penduduk terjejas dipindahkan ke PPS di Sekolah Agama Kampung Jawa seramai 365 orang diikuti Balai Raya Kampung Lembah Bakti (272), Balai Raya Felda Pemanis 2 (139) dan Balai Tadika Kampung Orang Asli (129).

Selain itu, Balai Raya Kampung Batu Badak (94), Balai Raya Kampung Genuang India (81), Balai Raya Kampung Usaha Jaya (70), Masjid Jamek Kampung Sawah Baru (70), Balai Air Bah Pagoh 2 (67), Sekolah Agama Pekan Air Panas (58) dan Balai Raya Paya Dalam (53).

"Para penduduk telah dipindahkan oleh kenderaan pelbagai agensi termasuk polis, tentera serta Bomba dan penyelamat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, PPS yang lain adalah Kampung Orang Asli Ulu Juaseh melibatkan 29 orang, Balai Raya Kampung Sekijang (27) dan Dewan Serbaguna Gelang Cincin (23).

Katanya, kawasan lain adalah di Balai Raya Kampung Paya Pulai (18 orang), Balai Raya Kampung Melayu Raya (16 orang), Sekolah Arab Kampung Gubah (13 orang), Balai Raya Air Bah (tujuh orang) dan Balai Raya Kampung Simpang Loi (lima orang).

"Sehingga pukul 4 petang tadi, 1,536 penduduk terjejas setelah rumah masing-masing dinaiki air dan mereka kini ditempatkan di PPS berkenaan.

"Kita jangka jumlah tersebut akan meningkat sekiranya hujan tidak berhenti dalam waktu terdekat sehingga menjejaskan kawasan lain," katanya.

Abdul Aziz memberitahu, pihaknya sentiasa memantau keadaan banjir dan meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri.Baca juga di sini dan di sini.

Mangsa banjir melalui landasan kereta api di bandar Segamat dengan membawa sebahagian barang milik mereka. — Foto Choo Choy May Mangsa banjir melalui landasan kereta api di bandar Segamat dengan membawa sebahagian barang milik mereka. — Foto Choo Choy May-themalaysianinsider

1 ulasan:

  1. NAK BUAT MCMANA
    KITAORANG PENEROKA WAJIB SOKONG BN
    KALO TAK SOKONG BN KITAORANG AKAN DIBUANG DARI PENEROKA.
    KITAORANG TAK HITAM PUTIH LAGI PEMILIKAN TANAH.
    NAK TAK NAK TERPAKSA SOKONG BN WALAUPUN KAMI PENYOKONG BN DEMI PUNCA REZEKI KAMI..

    BalasPadam