Jumaat, 7 Januari 2011

Pejabat Adun Seri Muda Disimbah Cat Merah

Selepas kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor, pejabat ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning, dekat Kota Raja disimbah cat merah awal pagi ini.

azmizam zaman huri 161110Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depannya dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.

"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya.

Azmizam (kanan) yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.

"Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.

Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu - yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis.

Nafi along

Malah, dua NGO - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Bagaimanapun, kelmarin wakil rakyat muda itu, melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Azmizam juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu petang ini, dijangka di ibu pejabat polis daerah Shah Alam.

"Dalam masa yang sama, kami juga merancang membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memfitnah bahawa YB Shuhaimi menderhaka kepada Sultan Selangor," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya mengesyaki tindakan itu sebagai reaksi kepada tulisan Shuhaimi di blog, Azmizam enggan membuat sebarang jangkaan.

"Ini satu ugutan terhadap YB. Tetapi sama ada ia berkaitan dengan tulisan di blog, saya tidak boleh komen apa-apa. Kita tunggu siasatan polislah," kata beliau yang juga ketua AMK Kota Raka.

Menafikan ia melibatkan along, Azmizam memberitahu, Shuhaimi tidak pernah menerima 'ugutan' sebegitu sebelum ini.Gambar dan berita Malaysiakini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan