Rabu, 5 Januari 2011

Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

rais yatim pc 020709 01Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

Gambar dan berita Malaysiakini.

Anda bertanya kepada si pembunuh adakah kamu membunuh? Mampoih dia tak ngaku walaupun dia yang membunuh. Naik mahkamah pun walaupun membunuh belum tentu didapati bersalah. Tanya si pencuri adakah kamu mencuri , mampoih dia tak ngaku kata dia mencuri walaupun dia si pencuri. Tanya si perogol pun walaupun beliau merogol dalam mahkamah pun dia tak akan mengaku salah.Mana ada si perompak ngaku kata dia perompak, tak ada..tambah-tambah yang jadi penyamun dan perompak harta rakyat.

Kes bunuh Sosilawati juga macam mana nak diselesaikan jika tak ada bukti kukuh terhadap 4 orang yang dituduh bunuh Sosilawati yang mayatnya dibakar untuk hilangkan bukti.Peguam Negara pergi ke Mekah juga takkan mengaku kata ada apa-apa hubungan dengan Shahidan Shafie di Mekah kawan baik Tan Sri Tajudin Ramli bekas pengerusi MAS yang didakwa kerana MAS alami kerugian .Yang pasti berak tengah jalan sapa pun tak akan mengaku!

Menarik.. kes kematian Teoh Beng Hock pula dikatakan tidak mati bunuh diri dan dibunuh. Ini lagi celaru dan mencelarukan..bagaimana beliau boleh mati sapa boleh jawab?Adakah Teoh mati terkejut kerana alami serangan jantung?

Penghakiman terbuka: Teoh tak bunuh diri atau dibunuh-Malaysiakini
Kes Teoh;Inkues putuskan 'open verdict'-Harakahdaily
Keputusan terbuka , punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh-TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan