Selasa, 11 Januari 2011

PRU 13: BN pun tak yakin boleh menang?

Semasa perhimpunan agung Umno 2010 yang lalu Presiden Umno yang dipandang tak bersih Datuk Seri Najib Tun Razak ada buat ucapan berbentuk ugutan ;

Dalam ucapannya bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”, Najib berpesan bahawa walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti dipertahakan.

“Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan.

“Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional.

“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.Baca di sini.

Hari ini malaysiakini melaporkan 'Najib kurang yakin, tiada pilihanraya awal'. Adakah wawasan 1Malaysia PM Najib belum penuh diterima rakyat?Adakah prk dun Tenang boleh dijadikan kayu pengukur yang tepat untuk buat pru 13?Apa pun kalau Umno-Bn pun tak yakin dengan kedudukan 60% rakyat sokong BN boleh terus genggam Putrajaya menunjukkan Najib telah sedari lebih awal melalui ucapannya yang berapi-api nak pertahan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun walaupun dah tak tak jadi pemerintah.Adakah polis, tentera akan jadi pakturut Bn untuk pertahan Putrajaya kalau BN kalah?

Kalau Pak Lah semasa naik jadi PM dengan Islam Hadhari menang bergaya dalam pru tahun 2004 adakah Najib mampu atasi rekod Pak Lah dalam tahun 2004? 'Islam Hadhari' Pak Lah hanya berlegar dalam negara Malaysia saja tapi 1Malaysia pulak dikaitkan dengan Apco talibarut Israel sebagai penasihat BN tentu tak sama.Pak Lah dianggap lembik dan hingga kini pun Pak Lah macam dulu juga tapi Najib dikaitkan pulak dengan isterinya 'Bik Mama' Rosmah Mansor yang dianggap sebagai PM dibelakang tabir .Sehingga ada yang kata 'Bik Mama' sebagai 'wanita puaka'. Dulu tak ada gelaran seperti ini kepada lain-lain isteri Perdana Menteri Malaysia. Kenapa kerajaan Malaysia dikaitkan dengan 'Bik Mama' dalam apa jua urusan negara?Dulu zaman reformasi rakyat benci Tun Mahathir tapi rakyat tak benci isteri Tun Mahathir iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

"Sebagai parti pemerintah, kita tidak perlu tergesa-gesa. Kita sepatutnya mempunyai 70 hingga 80 peratus keyakinan - malah 60 peratus juga tidak selamat.”Kata salah seorang MP Bn yang tak mahu disebut nama mengulas pertemuan MP Bn bersama Najib.Ini ayat tak berapa yakin kata BN boleh menang selesa dalam pru 13. Mungkin Najib sedang berfikir nak buat pru cepat atau lambat. Cepat sangat takut kalah mengejut lambat sangat nanti jadi lagi teruk...macam-macam boleh jadi dalam keadaan rakyat terus ditekan dengan kenaikkan harga barang secara mendadak dan kos hidup yang semakin meningkat.

Ada orang bagi tau kat saya orang Melayu kalau dia raba dalam poket dia ada RM1 saja waktu tu dia tak kira apa dah dia akan mengamuk tak kira sapa. Waktu duit jenuh tak pa kalau nak makan pun tak dak haa mampoih...!

Adakah ketuanan Melayu yang didendangkan siang malam oleh Umno terus relevan dalam pru 13?Bagi Umno mungkin depa tak kisah dengan kenaikan harga barang sebab mereka penyokong Umno boleh makan kenyang2 ketuanan melayu tapi kita orang Melayu yang tak berpaksikan kepada ketuanan Umno memang dah tak tahan sangat-sangat azab kenaikan harga barang.Hanya Tuhan saja yang tahu.

Baca juga;
Pakatan hanya perlu RM19 Bilion untuk rakyat-harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan