Isnin, 3 Januari 2011

Anak-anak belajar bagi pandai jangan kena tipu dengan Umno

Ini gambar hari pertama persekolahan sekolah rendah di Shah Alam .

Hari ini sesi persekolahan baru telah bermula bagi tahun 2011. Ramai ibubapa mengambil cuti untuk hantar anak mereka yang baru masuk alam persekolahan bagi darjah satu.

Semasa hari suaikenal murid darjah satu pada hari jumaat yang lalu pihak sekolah telah memberi buku teks percuma kepada murid-murid darjah satu . Isteri saya memberitahu Gurubesar berkata kepada ibubapa yang hadir,"Kita patut bersyukur, bersyukur, bersyukur."

Saya bertanya kepada isteri saya, "kepada siapa gurubesar suruh bersyukur?". Isteri saya kata, "tah dia cuma kata suruh bersyukur saja." Adakah nak kena bersyukur kepada Umno-Bn? Bagi buku percuma bukan duit Umno tapi duit rakyat.

Sudahlah rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang kini kerajaan naikkan lagi cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%. Anda beli apa barang di pasaraya, tukar tayar kenderaan, beli alat tukar ganti kereta ,sakit masuk hospital, siaran tv berbayar ,makan dalam MC Donald, makan di KFC semua kena caj 6% mulai 1 januari 2011. Harga barang yang dah naik akan naik lagi.Kerajaan untung setahun duit caj perkhidmatan yang dikenakan kepada rakyat beratus juta setahun.

Anak- anak yang masih kecil belajarlah pandai-pandai jangan kena tipu dengan Umno-Bn .Besar nanti anda jadilah manusia yang pandai membezakan antara yang hak dan batil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan