Isnin, 10 Januari 2011

Isu SUK: Drama akan berterusan -MB Selangor


Semalam saya ada hadir dalam ceramah umum di Stadium Malawati ,Shah Alam.Kehadiran begitu membanggakan. Program itu adalah program Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pihak penganjur. Antara pemimpin Pas yang hadir ialah Abu Bakar Chik, Hasan Ali, Dr Haron Din, Mustafa Ali, Mahfuz Omar. Tetamu utama ialah TGNA, TGHA, Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid MB Selangor

Saya mendengar ucapan MB Selangor Tan Sri Khalid mengenai isu Khusrin yang dilantik sebagai SUK Selangor. Kata MB Selangor itu ,"Drama SUK Selangor ini akan berterusan dan berpanjangan. Sidang Dun akan dipanggil untuk pinda undang-undang tubuh negeri Selangor untuk kembalikan kuasa kepada Sultan dan kerajaan negeri dalam melantik jawatan penting di Selangor.Kita akan tengok samaada Umno menyokongnya atau tidak. Depan Sultan bukan main lagi daulat tuanku, daulat tuanku tapi belakang Sultan jadi penderhaka."

Beliau juga menyentuh mengenai ketua pembangkang dun Selangor yang baru. Kata MB Khalid,"Sekarang BN dapat ketua pembangkang yang baru sebab ketua pembangkang yang lama jadi pembangkang dalam mahkamah."

Berkaitan;
Solat hajat penuh sesak di stadium Malawati-Harakahdaily
Penduduk bakar patung Adun Sri Muda -Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan