Jumaat, 14 Januari 2011

Roslan Shahir pertahan Hasan Ali.. tak katapun 28,000 penjawat awam akan berpiket


Isu SUK:Hasan Ali, Pas Selangor nafi belakangi Pakatan-Themalaysianinsider

PAS Selangor berkata rakan komponen Pakatan Rakyat itu komited dengan pendirian kerajaan negeri dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri 24 Januari ini untuk meminda perlembagaan negeri.

Dalam kenyataan dikeluarkan bagi menjelaskan laporan menggambarkan Pesuruhjayanya Datuk Dr Hasan Ali ‘menyokong’ pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, PAS Selangor berkata, pihaknya juga menolak sebarang bentuk campur tangan kerajaan pusat.

“Sesungguhnya PAS Selangor menolak sebarang bentuk campur tangan dan gangguan dari kerajaan persekutuan berhubung pelantikan khasnya para pegawai kanan negeri tanpa melibatkan kerajaan negeri dalam prosesnya,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir.

Sidang khas Dewan Undangan Negeri hujung bulan ini bertujuan mengembalikan kuasa istana dan negeri dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Laporan media kelmarin, yang dilihat yang pertama secara terbuka sejak Hasan pulang dari luar negeri, beliau dipetik berkata masih yakin isu berhubung pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri akan dapat diatasi.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam dilaporkan berkata, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.

Katanya, isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

Tambahnya, beliau akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Kata Hasan, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Khusrin lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.

Sehubungan itu kata Roslan Shahir, Hasan dan pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor telah mengunjungi Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan video rakaman sepenuhnya sidang media kelmarin juga telah dipertontonkan kepada beliau petang semalam.

“PAS Selangor ingin menegaskan kenyataan akhbar dibuat Dato Hasan semalam (kelmarin) di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah selaras dengan arahan parti dan Presiden PAS,” katanya.

Kata Roslan Shahir, PAS Selangor kesal kenyataan dibuat pada sidang akhbar tersebut telah diputarbelitkan sehingga menggambarkan seolah-olah PAS Selangor bersetuju dengan proses pelantikan Khusrin dan terpisah dari pendirian Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri.

Katanya, PAS Selangor sedang menimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap Malaysiakini kerana melaporkan perkara yang tidak benar dan berbentuk fitnah.

Dalam laporan terbaru semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan parti itu seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.

Dipetik Harakahdaily, Mustafa berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.Baca lagi di sini.

Dalam sidang media yang dilaporkan Malaysiakini itu Hasan Ali ada menyentuh mengenai Khusrin seperti berikut;

Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.-Malaysiakini

Bagaimanapun Pas Selangor nafi kata macam tu.Tah betoi tah tidak sapa yang betul antara Malaysiakini, Hasan Ali , Khairuddin Othman (Setiausaha Pas Selangor) dan Roslan Shahir (Ketua Penerangan Pas Selangor)? Sehingga kini Malaysiakini belum nafikan lagi laporan yang dibuat.Baca juga di sini.

Baca juga;
Pas Selangor makin mesra dengan Khusrin-Malaysiakini
Pas Selangor gesa Malaysiakini betulkan laporan-Harakahdaily
Pas Selangor mahu Shuhaimi mohon maaf kepada istana-Utusan Malaysia online

3 ulasan:

  1. Roslan SMS ni memang kroni Hassan Ali.Dia pun banyak dapat kontrek melalui Hassan Ali.Takkan dia nak biarkan bossnya kena belasah.Sudah agak lama Roslan SMS ni tak berkokok tapi bila bossnya dihentam dia mau tak mau terpaksa membela bossnya.Manusia macam Roslan ni ramai berkeliaran dikawasan Chow Kit.

    BalasPadam
  2. Hassan Ali mmg gitu..dulu psl dedahkan baiah..lps tu beria-ria nk kerajaang perpaduang,skrg isu Khusrin lak..dulu sblm menang janji jk ikut yg TGNA buat di kelantang,tp skrg,dia buat ikut kepala dia..kdg2 ikut suka hati dia je..

    BalasPadam
  3. slm saudara semua..sudahlah bersangka baiklah sesama sendiri...kenanpa asyik nak hentam sesam sendiri jer...ingat fokus kita tumbangkan umno..bukan sama2 sendiri...kalau nak berkelahi sangat msuk pilihanraya

    BalasPadam