Sabtu, 1 Januari 2011

Isu Khusrin: Nak Pakai Cakap Dr Gigi Atau Pakar Perlembagaan

Khir Toyo: Panel pilih SUK tidak sah -The Malaysian Insider

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menekankan pendirian kerajaan pusat bahawa soal pelantikan ketua pegawai perkhidmatan kerajaan negeri adalah prerogatif Ketua Setiausaha Negara.

“Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah apabila Ketua Setiausaha Negara menyatakan persetujuan,” kata Dr Khir kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah.Baca lagi di sini.

MB Selangor dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah-The Malaysian Insider

Seorang pakar perlembagaan berpendapat peluang terbaik yang ada pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

“Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid dan pentadbiran Pakatan Selangor,” kata Profesor A Aziz Bari kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.

“Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan,” kata Aziz.

“Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata beliau lagi.

Menjelaskan lanjut, Aziz berkata, “melihat pada kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi Menteri Besar Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita.”

Beliau juga menyebut keputusan-keputusan mahkamah selepas pilihan raya umum 2008 yang dengan jelas menunjukkan memihak Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN).

Aziz juga memberitahu, krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana.

“Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,” kata beliau lagi.

“Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.

“Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),” tambah beliau. Baca semua di sini.

Kenduri tak dipanggil tak dipelawe tapi mau makan kenduri. Sendiri mau ingat.Toyo juga kata dulu dia jadi MB semua ok tak ada masalah dengan kakitangan kerajaan.

Ha ha mau tak ok semua boleh sapu boleh songlap bagi penyapu last-last dapat sial hilang satu negeri.

Mau tak ok dapat buat banglo RM24 juta, dapat kroni beli tanah mahal jual sama Toyo harga pasar borong, harga runtuh. Beli RM6.5 juta jual sama Toyo RM3.5 juta.Ini macam punya orang cakap boleh pakai ka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan