Jumaat, 14 Januari 2011

Barang naik: Kantin sekolah naik harga makanan RM0.20- RM0.50


Kenaikan harga barangan utama minyak petrol, gas, gula sejak awal Disember lalu telah menjadikan kanak-kanak sekolah sebagai mangsa kenaikan harga makanan dan minuman di sekolah. Sebuah kantin sekolah di utara menaikan harga makanan dan minuman RM0.20 sen hingga RM0.50 sen sejak awal Januari lalu.

Saya diberitahu ada pelajar sekolah yang mengikat perut daripada membeli makanan kerana wang saku mak bapak tidak bertambah sedangkan harga makanan dan minuman di kantin sekolah dah meningkat naik akibat kenaikan harga barangan utama pengguna.

Sebagai contoh saya diberitahu milo RM1 dinaikan kepada RM1.30, sirap RM0.50 dinaikan kepada RM0.70, nasi telur mata campur sambal RM1 dinaikkan kepada RM1.50.Mungkin bagi keluarga berada dan kaya tidak terasa tapi bagaimana dengan mak-bapak pelajar yang miskin dan tidak mampu bagi belanja lebih untuk anak-anak mereka?Kenaikan harga makanan sekolah lebih tinggi daripada kenaikan harga barangan utama pengguna.

Menyanyilah lagu ketuanan Melayu puas-puas supaya kesengsaraan kenaikan harga barangan dapat dihilangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan