Khamis, 27 Januari 2011

Nasib Khairy: 'Rumah kata pi kubur kata mai'

Bila baca laporan Pemuda Umno: MB Perak sesuai ganti Khairy, kata Raja Ahmad menggambarkan Umno dah tak sabar -sabar nak kuburkan Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

Ketua Umno Larut , Raja Ahmad cadangkan Khairy digantikan dengan MB Perak (MB Mahkamah) Zambry Abdul Kadir pegang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti Umno akan datang.Haa eloklah lantik Zambry yang terlibat dengan kerja -kerja khurafat pegang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia ganti Khairy. Zambry yang ketuai 'kerajaan mahkamah' di Perak macam telor dihujung tanduk saja sekarang ini.

Khairy dikatakan ada ura-ura nak lepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.Baru sebut nak letak ramai pulak yang sahut cadangan Khairy supaya beliau letak jawatan Ketua Pemuda Umno. Bukannya nak pertahan tapi macam suruh Khairy pi cepat-cepat daripada jawatan yang dipegangnya.Bak kata orang 'rumah kata pi kubur kata mai la'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan