Selasa, 11 Januari 2011

Minyak masak kejap ada kejap tak ada

Bermula masalah kekurangan minyak masak di utara tanahair kini telah merebak di Lembah Klang pulak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi danKepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri kata masalah kekurangan minyak masak di utara akan selesai secepat mungkin tapi hingga kini tak selesai-selesai malah semakin parah.Masalah akan selesai jika harga minyak masak dinaikkan secepat mungkin!

Dulu gula , tepung gandum kurang di pasaran tapi bila harga gula dan tepung dinaikkan dua barangan pengguna ini terus berlambak dipasaran. Kita juga dilalikan dengan kes seludup minyak diesel dan petrol ke negara jiran tapi bila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan kisah seludup minyak hilang..kita juga diberitahu supaya rakyat jangan panik dengan ketiadaan minyak masak di pasaran, buat macam biasa ha ha ha gila memang menteri dah gila-gila woit! takkan tak panik peniaga restoran, peniaga warung, pengguna nak goreng , nak masak takkan pakai minyak gamat dengan minyak angin..Menteri kata jangan beli banyak-banyak minyak masak nanti terus berkurangan dalam pasaran.. mana ada pengguna beli minyak masak sampai 10 botol atau sepuluh paket sekali beli kalau orang meniaga ia la..takkan nak beli sepeket ha ha..

Pengilang kurangkan pengeluaran, pemborong sorokkan minyak masak, peruncit kata minyak masak tak ada..yang jadi mangsa rakyat .Menghairankan negara kita negara pengeluar kelapa sawit tapi minyak masak main sorok-sorok kejap ada kejap tak ada.
Baca juga: Peruncit:Bekalan minyak tak mencukupi-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. x dak dalam pasaran kerana x dak subsidi untuk pengeluar lagi kot, depa pun x keluarkan jadi berkuranglah...

    BalasPadam