Khamis, 13 Januari 2011

Ni kepala bapa dia , ni kepala bapa kau..kalau kau berani kau pijak

Bermula dengan ajakan debat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim kepada PM Najib kini dah menular kepada ajakan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.Sorang saja cuit sikit semua pakat timpa nak berdebat. Masing-masing nak pamerkan kehebatan termasuk yang tak dak apa-apa kedudukan dalam kerajaan hanya sebagai Ketua Pemuda Umno.

Khairy patut ajak Ketua Pemuda Pas Nasruddin Tantawi atau Ketua AMK Keadilan untuk berdebat.Tapi nak berdebat dengan Ketua Pemuda Pas dah tak berapa selera kerana Ketua Pemuda Pas dah ajak Khairy masuk Pas..kira Khairy dah 'cool' la dengan Ketua Pemuda Pas Pusat..ha ha

Najib pun tak ingin debat dengan Anwar yang nak sangat ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz selain Khairy.Yang diajak tak mau debat yang tak dipelawe pulak yang nak debat dan lebih-lebih mana tau kot boleh jadi Menteri lepas debat.Negara kita yang ngaku kata negara demokrasi tak macam Amerika dan lain-lain negara barat boleh cakap depan media sebelah menyebelah tawarkan apa yang mereka nak buat kepada rakyat walaupun berbeza fahaman politik dan ideologi.Buat la kalau berani ..kalau FRU dan polis tak tunggu kepung keliling..

Dalam tv yang dikuasai Umno-Bn disebarkan propaganda murahan kata BN baik belaka kot nak panggil debat dalam tv secara 'live' mampoih tak berani. BN dok perkosa dan rogol PR siang malam dalam media mereka nak jawab balik hanya dalam media baru dan laman web, tv tak boleh .Demokrasi 'kepala ciceh'! Orang Melayu masih ramai percaya berita tv3 dan berita RTM walaupun banyak yang bohong daripada yang betoi.

Cerita debat ni macam filem P Ramlee la pulak "ni kepala bapak kau ni kepala bapak dia kalau kau berani kau pijak..." macam filem Tamil pun ada ..ini semua dah jadi pak lawak!

Baca juga;
Shamsul sedia debat dengan Khairy-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan