Isnin, 3 Januari 2011

Jerat makan tuan, padan muka Umno!

Dun Tergempar Bagi Kembalikan Kuasa Sultan-Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa telah dirampas pada 1993 semasa krisis perlembagaan, di mana Perlembagaan Selangor dipinda untuk memberi kuasa kepada kerajaan pusat,” kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan mengahadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

Selain itu, menurut Khalid, Khusrin juga tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat exco atau menjalankan tugas-tugas rasmi sehingga isu berkenaan selesai.

Khalid, bagaimanapun mengakui perlantikkan Khusrin sebagai "sah" dan berkata beliau boleh melaksanakan tugas-tugas tidak rasmi seperti menyelia pegawai daerah.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.-Malaysiakini.

Raja pun dah sedar tidak ada apa-apa lagi kuasa kerana telah dijilat sang penderhaka yang bernama Umno. Bila hilang kuasa Umno baling batu sembunyi tangan kata penentang Khusrin sebagai penderhaka Raja. Kalau Raja pun dah sedar orang Melayu yang bertuhankan Umno tunggu apa lagi dengan Umno. Nak cucuk Raja.. sekarang rakyat dah nampak siapa yang cabut kuasa Raja. Raja-Raja Melayu dah lama sedar akan hilang kuasa akibat tangan-tangan penderhaka Umno ini sekarang Raja terpaksa buka mulut kata tak ada kuasa . Padan muka Umno! Sapa yang tak nampak lagi mainan kotor Umno yang cuba ISA kan orang sesuka hati ikut suka la ...

Berkaitan;
Sultan belum perkenan , Selangor tidak rai SUK-Harakahdaily
Khusrin:MB enggan jumpa saya-Malaysiakini
Isu SUK:Dun panggil sidang khas , SPA diminta kaji semula lantikan Khusrin-The malaysian Insider
SUK Selangor:Saya tiada agenda politik , kata Khusrin-The Malaysian Insider

2 ulasan:

  1. kalau dah sedar alhamdulillah le, yang lain bila lagi nak sedar

    BalasPadam
  2. Ada satu paper jamban yang belum sedar-sedar dan takkan sedar kut....alah akhbar yang Terus Unggul Sebagai Akhbar Nasi Goreng Basi tu.....wartawan yang tidak beretika dan bersikap rasis.

    BalasPadam