Rabu, 5 Januari 2011

Si Jahil cadang hukum bunuh berdosa besar wajib bertaubat-Dr Asri


Bunuh Pengkritik Raja -Raja Melayu Cadangan Hina-Malaysiakini

Kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai a pendapat yang berbeza dengan Raja-raja Melayu seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para para Muhammad SAW, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia dari pada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had.

“Jika dia muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.-Malaysiakini.

Inilah golongan yang jahil murakab, buta kayu, bodoh tak boleh diajar, berlagak pandai tentang hukum tapi hidup bergelomang dengan perasaan gila mau bunuh orang sesuka hati.Matlamat halakan cara janji nafsu bergelora puas dapat cakap mau gantung dan bunuh orang.Apa beza Sultan dan Raja dengan rakyat?Apa beza manusia dengan manusia?Manusia dengan Allah?Manusia yang mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa bukan manusia yang ada kapal di laut gedung di darat Allah tak pandang semua tu.Gambar di atas ialah pengerusi GAPS Hamidzun Harun , kiri .Itu menteri rogol amah itu Gaps tak mau buka kitab ka ? Apa hukum mau kasi itu menteri jika salah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan