Khamis, 13 Januari 2011

'Dimakan mati mak, diluahkan mati pak' part 2

Bila baca laporan harakahdaily Untuk apa dipanggil, semuanya sudah selesai berkaitan pertemuan 24 Dis antara pemimpin tertinggi Pas-Umno dan Yang Dipertuan Agong menggambarkan macam ada benda berat yang tak boleh diluahkan TGNA kepada ahli Pas dan penyokong Pas. Tambah-tambah bila TGNA kata ;

“Saya bercakap dalam majlis sulit sama seperti majlis ramai. Saya hanya punyai seketul hati sahaja, apa yang saya bercakap di dalam (pertemuan tertutup) walaupun secara sulit, sama juga dengan apa yang saya cakap pada rakyat di luar.

Menurutnya lagi, walaupun bercakap dengan sesiapa secara sulit, ianya tidak akan berubah dengan pengucapannya pada rakyat di majlis terbuka.

Jadi, tambahnya rakyat tidak perlu takut serta bimbang terhadap isu yang sengaja diperbesarkan oleh mana-mana pihak termasuk media.

Katanya, Rasulullah sendiri pernah didatangi oleh sahabatnya pada Siti Aisyah yang bimbang andainya cara hidup baginda di rumah tidak sama dengan di luar.

“Saidatina menjawab, apa yang ada dalam al-Quran itulah perangai Rasulullah sama ada di luar atau di rumah, kata Aisyah,” jelas Tuan Guru.

Kerana itu, katanya Rasulullah tidak pernah berpesan pada isteri-isteri bahawa yang ini jangan diberitahu pada orang lain dan yang ini boleh.

Bagaimanapun Tuan Guru tetap tidak ingin mendedahkan isi perjumpaan kerana ianya sulit di samping menjaga kehormatan istana.Baca lagi di sini.

Kedudukan TGNA sama macam Tan Sri Khalid MB Selangor yang terpaksa hadir angkat sumpah Khusrin sebagai SUK Selangor depan Sultan Selangor yang disekalikan dengan majlis anugerah kebesaran kepada anak Sultan Selangor.Mulanya beliau tidak mahu hadir tapi terpaksa hadir kerana hormat kepada Sultan bukan setuju dengan perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor.

Baca juga;Pas beri ingatan kepada pimpinannya di Selangor-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan