Jumaat, 21 Januari 2011

UMNO-MCA sama deras hina Islam

Umno dan MCA sama-sama hina Islam tapi MCA ahlinya bukan Islam sementara Umno yang dianggotai orang Melayu kebanyakkannya beragama Islam.Jika Umno gertak orang bukan Islam dengan isu negara Islam, MCA pun sama macam Umno turut hina Islam. Tapi MCA jangan takut tak akan ada puak-puak yang ngaku 'tentera jihad islam' akan bagi warning dengan hantar ayam yang dah mati dan digantung depan pintu pagar rumah mereka kerana yang hina Islam ialah Umno dan MCA.Kalau DAP hina Islam haa itu baru sampai ayam gantung depan rumah

Isu negara Islam muncul pula di Tenang-Malaysiakini

Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini.

Abdul Ghani menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

“Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.Baca lagi di sini.

Kenyataan Presiden MCA tentang salam dibantah-Harakahdaily

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyindir alaman biasa cara wanita Islam bersalam di tempat awam mendapat kritikan keras daripada pembaca Harakahdaily di Facebook dan Twitter.

Kebanyakan pembaca yang mengkritik turut membuat perbandingan dengan kes Chua yang ditangkap melakukan hubungan jenis dengan seorang rakan wanitanya dalam sebuah video yang telah menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan kabinet dan partinya sebelum menjadi Presiden MCA pada tahun lepas.

“Anda adalah orang yang membuat penilaian terhadap orang yang tidak bersalam. Apakah penilaian kita terhadap seorang yang telah melakukan zina,” tanya seorang peguam, Syahredzan Johan di Twitter.

Beliau turut berpendapat bahawa bekas Menteri Kesihatan itu tidak harus membuat sebarang penilaian moral ketika orang lain boleh menyoalkan kompas moralnya sendiri.

Chua sekali lagi mencetuskan kontroversi mengenai Islam apabila beliau secara sindiran membuat perbandingan cara calon PAS di Tenang, Normala Sudirman bersalaman dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” Chua dipetik sebagai berkata di Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan