Jumaat, 28 Januari 2011

Rakyat Yaman pulak berdemontrasi mahu tumbangkan Presiden Ali Abdullah Salleh


Pemimpin dunia Arab yang memerintah berpuluh tahun diancam oleh rakyat mereka dengan gelombang kebangkitan rakyat mahukan perubahan dalam sistem politik dan pemerintahan. Gelombang kebangkitan rakyat Tunisia telah berjaya tumbangkan Presiden mereka yang berkuasa selama 23 tahun dan telah melarikan diri ke Arab Saudi.

Rakyat Mesir pulak bangun berdemontrasi mahu tumbangkan Presiden Hosni Mubarak yang berkuasa selama 30 tahun. Kini gelombang kebangkitan rakyat telah merebak ke negara Yaman yang juga mahu tumbangkan Presiden Ali Abdullah Salleh (Gambar) yang telah berkuasa selama 33 tahun.Siapa angka semua ini boleh terjadi?

Umno-Bn yang berkuasa di negara ini selama 53 tahun juga akan tumbang hanya menunggu gelombang kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di negara Arab Apabila rakyat ditekan, dizalimi dan disekat daripada segenap segi tiada apa lagi yang mampu menahan rakyat daripada bangun melawan kezaliman.Lambat laun Umno-Bn akan tumbang juga..

Gelombang Rakyat Yaman Pula Bermula-Berita harian online

PENUNJUK perasaan Yaman melaungkan slogan dan mengibarkan bendera ketika membantah.
PENUNJUK perasaan Yaman melaungkan slogan dan mengibarkan bendera ketika membantah.

Tuntut pemerintah berundur, ugut tak mahu lanjut penggal Algeria, Tunisia


SANAA: Beribu-ribu penduduk Yaman melakukan demonstrasi di ibu negara semalam, menggesa Presiden Ali Abdullah Saleh supaya melepaskan kuasa selepas berkuasa sejak 1978.

“Cukuplah berkuasa (lebih) 30 tahun,” laung penunjuk perasaan dalam demonstrasi yang diadakan di empat lokasi berbeza di Sanaa.
Mereka juga merujuk kepada Presiden Tunisia yang digulingkan, Zine El Abidine Ben Ali kerana menyerah kuasa selepas lebih 20 tahun memerintah.

“Kami bantah melanjutkan (penggal presiden). Kami kata tidak jawatan diberi kepada waris,” laung mereka sambil menegaskan sudah masanya ‘masa untuk berubah.”

“Teruskan Common Forum. Ia masa untuk berubah,” tulis kain rentang dibawa penunjuk perasaan, merujuk kepada penentang kerajaan.

Aktivis Common Forum berkata, demonstrasi yang diadakan di empat lokasi berbeza itu bertujuan untuk menyukarkan pasukan keselamatan. Satu daripada kawasan yang dipilih adalah di luar Universiti Sanaa.
Kongres Rakyat Umum pemerintah diterajui Abdullah pula menganjurkan empat demonstrasi dihadiri beribu-ribu penyokong kerajaan.

“Tidak kepada penggulingan demokrasi dan perlembagaan,” kata penyokong presiden yang tertulis pada kain rentang mereka.

Sabtu lalu, beratus-ratus pelajar Universiti Sanaa mengadakan bantahan balas di kampus dengan ada di antara mereka menggesa Abdullah meletak jawatan.

Saleh menjadi presiden sejak beberapa dekad, dipilih semula September 2006 dengan mandat selama tujuh tahun.

Satu draf pindaan perlembagaan sedang dibincangkan di parlimen walaupun bantahan pembangkang itu, yang jika diluluskan akan membenarkan beliau terus berkuasa sepanjang hayat.

Di KAHERAH, polis menahan sekurang-kurangnya 1,000 orang dalam masa dua hari pertempuran di jalanan, ketika aktivis berikrar untuk meningkatkan bantahan dalam kebangkitan terbesar negara itu selama 30 tahun.

Enam terbunuh dalam bantahan menentang pemerintah Presiden Hosni Mubarak yang tercetus daripada protes di Tunisia, mencetuskan gelombang mengejut di rantau berkenaan dan memaksa Washington merangsang sekutunya dalam perubahan demokratik berkenaan. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan