Isnin, 3 Januari 2011

Pertemuan Pas-Umno akan didedahkan dalam masa 24 jam?

Ketika tumpuan diberikan kepada kerajaan PR di Selangor yang dilanda 'Khusrin' (Rugi) kerana bermenantukan si Khusrin sebagai SUK kini tumpuan juga diberikan kepada isu yang 'tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas' isu Pas-Umno.

Kalau MB Selangor kata isu Khusrin sebagai 'drama minggu ini' kita juga akan menyaksikan drama Pas -Umno yang bakal didedahkan TGNA dalam masa 24 jam . Isunya tak lain tak bukan isu pertemuan pemimpin utama Pas dan Umno Disember lepas. Ada yang kata salahkah Pas-Umno berjumpa? Salah tak salah kita tunggu dulu apa komen pemimpin Pas dalam masa terdekat.

Kalau tuduhan rogol kepada seorang menteri kabinet Najib yang terpalit merogol amah hingga kini masih tidur lena mimpi yang menyeramkan malah mengigau -ngigau tak tak jawab apa , ahli-ahli Pas sedang menunggu-nunggu akan jawapan pemimpin tertinggi mereka untuk jelaskan segalanya.

Yang lebih jelek lagi ialah hinaan sesama blogger yang menyokong Pas dan PR dalam isu ini. Macam blogger Umno yang berkelahi hang aku gara -gara terbongkar isu Menteri rogol amah. Daripada isu pertemuan Pas-Umno dah jadi macam budak-budak kalah main goli.Bila dah kalah mula nak ungkit-ungkit hal-hal peribadi yang tiada kaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Nak tunjuk kata mereka terlalu cerdik orang lain semua bodoh. Salah tak salah, betul atau tidak tak perlu dajalkan peribadi blogger lain untuk pusing tajuk.Nak kata budak umoq dah tua tapi kata orang bila dah tua perangai kembali jadi budak-budak.

Berkaitan;
Ada perkara dibincang dengan PM-Harakahdaily
Nik Aziz akui bertemu PM, penjelasan dalam 24 jam-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan