Selasa, 4 Januari 2011

Lebih sudu daripada bubur

Setiausaha sulit:Sultan Selangor Ada Kuasa Esekutif Beri Perkenan-TMI

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dilaporkan berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru Munir menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah pandangan dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku (semalam), beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

“Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

“Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia ini.

Semalam selepas menghadapi Sultan Selangor, Khalid berkata Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Laporan Utusan Malaysia juga menyebut baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar semalam baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Khusrin sebagai SUK.

“Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Minggu lalu, Munir berkata, pelantikan Khusrin adalah muktamad kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor.Baca lagi di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan