Rabu, 19 Januari 2011

Penumbuk sapa lebih besar Najib atau Anwar?

Cabaran debat Anwar Ibrahim kepada PM Najib dah masuk pusingan kedua tapi belum ada jawapan daripada Najib. Tajuk debat ialah berkaitan 100 hari pakatan perintah Malaysia. Najib pulak buat lawak dengan cabaran Anwar dengan berkata ;

Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin.-Malaysiakini.

PM Najib juga tak dipandang bersih kerana didakwa terpalit dengan kes Altantuya wanita cantik dari Monggolia.Kalau Najib ada banyak rahsia tentang Anwar dedahkan jangan jadi macam Mat Ezam Senator yang kata ada berkotak-kotak peti rahsia sampai dah masuk Umno balik pun satu kotak pun tak ada didedahkan.Najib bercakap depan mak cik Felda macam orang meniaga minyak angin di pasar malam isu debat 100 hari pakatan perintah Malaysia. Gelanggang terbuka luas boleh buat debat di mana-mana biar rakyat tengok siapa yang bercakap betul jangan jadi macam Ahmad Sabery Chik sudahlah sampai berbuih mulut-mulut bila berdebat...

Najib jangan cakap pusing sampai 360 darjah untuk tukar tajuk100 hari pakatan perintah Malaysia dengan isu liwat.Makcik Felda bolehlah Najib jual minyak auta tapi rakyat keseluruhan juga sedang tertawa dengan kong kali kong Najib bila ulas isu debat.Kes liwat sedang berjalan di mahkamah tapi yang dijadikan tajuk debat ialah 100 hari pakatan perintah Malaysia boleh bangkrap ka tidak bila buat tawaran untuk kebaikan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan