Ahad, 9 Januari 2011

Bawang besar naik harga Mat Bangla, Nepal, Mynmar makan banyak

Harga Bawang Pula Naik-Utusan Malaysia online-6-1-11

Ketika isu ketiadaan bekalan minyak masak di pasaran belum dapat ditangani, kini pengguna terus dibebani dengan kenaikan harga beberapa barangan terutama bawang secara mendadak sehingga sekali ganda.

Kenaikan harga yang tidak munasabah itu menyebabkan pengguna dan peniaga merungut ekoran terpaksa menanggung bebanan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, kenaikan itu berlaku di beberapa pasar raya dan kedai runcit di bandar raya ini.

Seorang peniaga, Moideen Abdullah, 47, berkata, kenaikan harga bawang berlaku sejak beberapa minggu lalu dan ia memberi kesan kepada hasil jualan hariannya.

Menurutnya, sebelum ini harga bagi satu guni bawang besar seberat empat kilogram adalah sekitar RM7, tetapi sekarang harganya mencecah hingga RM20.

“Setakat ini, harga bawang sahaja yang naik. Ada ura-ura mengatakan barang lain juga akan naik tetapi belum tahu lagi sejauh mana kebenarannya,” katanya yang berniaga di Taman Suria di sini.

Seorang lagi peniaga, Umar Mohammad, 25, menyuarakan perkara sama dan menyebabkan dia terpaksa menjual bawang pada harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Katanya, sebelum ini sekilogram bawang besar dijual dengan harga RM3 tetapi sekarang mencecah RM5 dan ia menimbulkan rasa kurang senang kepada pelanggannya.

Peniaga makanan, Abdul Tahir Ahmad Rosdi, 60, pula berkata, kenaikan harga bawang secara tidak langsung menjejaskan mata pencariannya kerana kadar keuntungan harian semakin kurang dan kadangkala terpaksa menanggung kerugian.

“Harga bahan mentah semakin naik tetapi saya tetap jual pada harga sama. Jadi, mana boleh untung. Lagipun, kalau jual pada harga tinggi nanti pelanggan marah,” katanya.

Ha ha anda pergi cari minyak masak di pasaraya kalau ada berlonggok-longok macam musim durian..tak ada jawabnya. tunggu naik harga minyak masak baru kembali banyak dalam pasaraya. Bawang besar naik harga kerana banjir di India kata Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob. Patut nya Menteri Perdagangan Dalam Negeri tu kata,"Bawang besar kurang di pasaran kerana Mat Bangla makan banyak, Nepal beli banyak ,Mynmar beli banyak."..ha ha

Tak percaya anda pergi pasar malam barang apa puak-puak ni beli banyak mesti anda nampak 'orang asing' ini beli bawang besar satu guni, terung dan ubi mengala .Sapa tak kenal ubi mengala pergi tanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Pengguna Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob yang suka cakap tak serupa menteri ha ha.Sikit hari lagi ubi mengala pulak naik harga. Semua naik teh tarik sudah naik 10 sen bila harga minyak petrol naik .Pemborong naik harga , peniaga naik harga yang kena sembelih ialah kita pengguna dan rakyat marhaen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan