Sabtu, 8 Januari 2011

'Tukar Sup Perencah Tarak Tukar'


Seorang kawan saya yang berbangsa Cina berkata kepada saya ketika mengulas PM Najib mau tubuh Suruhanjaya Diraja berkaitan isu kematian Teoh Beng Hock ,"ini suruhanjaya serupa makan sup , tukar sup tapi perencahnya tarak tukar." Sama saja tak dak apa apa beza dengan mahkamah koroner yang kata punca kematian Teoh Beng Hock bukan bunuh diri dan dibunuh.

Beliau juga berkata kepada saya,"Kami orang Cina dah berpakat undi akan datang (pru 13) tidak akan undi BN, tak kira parti apa Pas ka, PKR ka Dap ka kami akan undi janji bukan BN."

Suruhanjaya DiRaja yang PM Najib mahu tubuhkan tidak akan menyiasat punca kematian Teoh hanya akan siasat bagaimana pegawai-pegawai SPRM buat kerja.

Kes Teoh:Suruhanjaya diraja tidak akan siasat punca kematian-Malaysiakini

Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Suruhanjaya yang akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Najib berkata, panel suruhanjaya berkenaan akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet pada Rabu depan.

Beliau berharap, siasatan oleh suruhanjaya itu akan dapat menyelesaikan kes tersebut.

"Suruhanjaya ini akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas satu tauliah pelantikan Pesuruhjaya dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.Najib juga berkata, suruhanjaya itu akan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Peruntukan itu memberi kuasa kepada suruhanjaya berkenaan untuk menyiasat SPRM dan "kelakuan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

"Tempoh suruhanjaya itu juga boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertimana dibenarkan di bawah Seksyen 5 Akta 119," katanya.

Baca juga ;

Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh-TMI

Natang Bewok!!!-Tukar Tiub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan