Sabtu, 29 Januari 2011

70 peratus lebih pengundi Cina sokong Cikgu Mala

Isu-isu nasional dan tempatan terus jadi bahan kempen utama dalam prk Tenang.Semalam dalam ceramah Pakatan Rakyat di Taman Gunung Emas, yang lebih popular dengan nama 'Dataran Cikgu Mala' di Labis Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng berkata mengikut culaan yang dilakukan lebih 70 peratus pengundi Cina akan mengundi calon Pas dan PR Cikgu Mala.

Mengikut daripada perkembangan yang diperhatikan pengundi Cina di Tenang memang memberikan sokongan padu kepada Cikgu Mala.Reaksi mereka amat jelas terhadap calon Pas dan PR itu.Disesetengah rumah orang Cina berkibar bendera Pas dan ada kawasan perumahan mereka langsung tidak ada bendera BN yang dipasang.

Dalam perkembangan yang sama Chua Jua Meng juga mendedahkan kepada orangramai yang hadir dalam ceramah bahawa pengaliran wang haram keluar negara sejak tahun 2000 hingga 2008 berjumlah RM888 bilion. Jumlah ini amat sedikit dengan dakwaan bahawa Tun Mahathir semasa berkuasa dulu menghabiskan RM100 bilion sepanjang beliau jadi PM selama 22 tahun .

Dalam pentas yang sama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa PM Najib dan Rosmah Mansor semasa bercuti di Dubai tidur di hotel mewah Atlantis Hotel dengan bayaran RM120 ribu semalam.Beliau yakin gelombang kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Yaman akan merebak ke Tenang."Kubu Umno di Johor akan jadikubur Umno di Tenang.Suara rakyat akan berkemundang di Dun Johor", kata Azmin.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula berkata dalam ceramahnya di tempat yang sama Umno demam tak kebah dengan menuduhnya sebagai agen Arab Saudi dan dapat biaya daripada teroris Arab Saudi."Dulu kata saya agen Amerika, talibarut Yahudi sekarang kata pulak saya agen Arab Saudi! Menteri Dalam Negeri belum baca laporan CNN tapi sudah mau terus siasat saya."Kata Anwar.

Beliau juga terus mengulangi ajakan untuk berdebat dengan PM Najib dalam isu PR perintah Malaysia 100 hari.Kata Anwar, "Najib kata saya akan demam kalau berdebat dengan beliau kerana ada banyak rahsia..saya akan makan panadol satu kotak dan teruskan debat..Najib jangan cabar nak cakap hal peribadi ..semua orang tahu siapa yang bunuh Altantuya, siapa yang terlibat dengan kes Port Dickson tapi kita bukan nak debat hal peribadi tapi kita nak debat hal ekonomi dan kebajikan rakyat bila PR perintah Malaysia."

Turut hadir dalam ceramah di Dataran Cikgu Mala ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden Pas dan MB Selangor Tan Sri Khalid dan calon Pas Cikgu Mala.Baca juga di sini dan di sini.

Baca juga;
Azmin:Hapus tol bukti Buku Jingga boleh dilaksana-Malaysiakini
Dun Merlimau:Penamaan calon 26 Februari, hari undi 6 mac-Tmi
Cikgu Mala berkarisma, lebih bertanggungjawab-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan