Isnin, 31 Januari 2011

Melayu Johor tak rasa pun kebangkitan rakyat Mesir

Ketika rakyat di seluruh dunia bersama rakyat Mesir yang bangun menentang regim zalim Hosni Mubarak dan konco-konconya yang berkuasa 30 tahun , pengundi dun Tenang langsung tidak terasa bahang gelombang kebangkitan rakyat di Mesir. Orang Melayu Felda tetap jadi aset Umno-Bn untuk terus berkuasa 100 tahun lagi di Malaysia! tahniah...

Jika dilihat dalam carta di sebelah (copy daripada Malaysiakini) undi BN bertambah 332 undi berbanding pru 2008. Undi Pas pula merosot kepada 883 undi berbanding pru 2008.Perbezaan majoriti pula Bn bertambah 1215 undi berbanding 2008.Peratus keluar mengundi pulak cuma 67% berbanding 73% pada tahun 2008.BN mau menang majoriti 5000 undi tapi tak kesampaian .

Kemenangan BN juga disambut dengan banjir besar yang tenggelamkan dun Tenang, terburuk sejak 2006.

Ada yang kata ini pilihanraya kecil tidak boleh jadi ukuran untuk pru 13 akan datang.Ada pulak yang kata Johor memang kubu Umno daripada dulu kini dan selamanya..tempat Umno dilahirkan. Ada yang berani 'offer' nak tumbang dua ekor lembu jika Pas berjaya kurangkan majoriti BN di prk Tenang..semua tak kesampaian..

Lepas ni Pr akan berlawan dengan Umno-Bn di Merlimau pulak dalam negeri Melaka yang juga kubu Umno.Peluang untuk menang juga amat malap kerana negeri Melaka juga karat Umno.Cuma jika ada prk dun Pelabuhan Kelang di Selangor baru tau dan boleh jadi ukuran untuk pru 13 akan datang samaada PR sudah ditolak rakyat atau tidak.SPR tak payah tunggu keputusan mahkamah istihar saja dun Pelabuhan Kelang kosong dan tentukan tarikh untuk hari penamaan calon dan pengundian.

Terimakasih kepada Cikgu Mala yang sanggup letak jawatan sebagai guru untuk melawan Umno-Bn parti yang bergelomang dengan rasuah, penyelewengan,salah guna kuasa dan zalim kepada rakyat.Cikgu Mala calon yang bersih bukan macam calon Umno yang didakwa ada kes mahkamah. Orang Melayu undi tak tengok calon depa tengok dacing saja terus undi , calon korup pun tak pa janji BN.

Kata Cikgu Mala bila keputusan diumumkan,
"Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti yang sanggup bersama-sama saya sejak awal saya diumumkan sebagai calon," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan