Ahad, 9 Januari 2011

Kisah Blogger Aduka kena belasah ada dalam Kosmo!

Blogger Dakwa Dipukul Depan Masjid-Kosmo! Online

Blogger yang terkenal dengan kontroversi kerana menghina institusi kesultanan Johor, AdukaTaruna menghadapi saat cemas dikepung dan dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong sebuah parti politik di hadapan Masjid Rusila, Marang kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas blogger yang nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pukul 2.20 petang.

AdukaTaruna dalam entri blognya itu semalam menjelaskan, niatnya hanya mahu menemubual Hadi.

Bagaimanpun sebaik menegur Abdul Hadi, dia mendakwa muncul seorang lelaki yang terus merentap bajunya kerana dikatakan tidak puas hati dengan tindakan mangsa menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis.-Kosmo!

Banyak perkara boleh timbul daripada insiden tersebut..pihak mana harus dipercayai itu terpulang kepada anda semua menilaikannya. Anda boleh baca mana-mana blog yang ulas isu tersebut dan nilai sendiri termasuk blog aduka taruna sendiri.

Jika anda jadi semut anda akan dipijak, jika anda jadi timun dengan durian digolek kena tak golek pun kena. Tapi jadi durian pun kena ingat kalau dah busuk hanya dibuat tempoyak saja. Masa tu timun pulak yang cicah tempoyak..jadi semut pun kalau masuk lubang telinga jenuh lumur kapur tepi telinga baru semut keluar..

Saya tidak memihak mana -mana kumpulan kerja saya tutuh Umno, lawan Umno , lawan yang berkehendak kepada Umno tak kira sapa itu kerja saya dan nak tengok Umno-Bn tumbang menyembah bumi dalam pru 13 akan datang.Mungkin ada yang tak percaya Umno-BN akan tumbang sama juga macam orang tak percaya melihat Umno-Bn tumbang di 5 negeri dalam pru 12 yang lalu! Ini kuasa Allah tak dak sapa boleh halang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan