Rabu, 5 Januari 2011

Kalau dengar cakap puak tu banyak nak kena gantung ni

Isu Lantikan SUK:300 Tuntut Khalid Letak Jawatan-Malaysiakini

Tiga ratus penunjuk perasaan berhimpun di perkarangan bangunan Sultan Abdul Aziz Salahuddin Shah (SAAS) di Shah Alam, hari ini bagi membantah cara kerajaan negeri menangani pengendalian pelantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Mereka juga menuntut perletakan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim keranamembantah pelantikan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk penderhakaan.

NONE"Khalid adalah pengkhianat kepada Raja-raja Melayu. Beliau menipu rakyat dan memburukkan imej pentadbiran awam kerana kepentingan politik,” kata Hamidzun Khairuddin, yang mengetuai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps). Selain Gaps, antara yang terbabit dalam protes hari ini adalah ahli Umno, PERKASA dan Pemuda MCA.-Malaysiakini



Ini antara sedutan ucapan Tun Mahathir semasa pindaan perlembagaan mengenai Sultan dan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 di Parlimen sebagai pengajaran kepada budak-budak kanyiaq politik termasuk kepada ketua Perkasa Brahim Ali 'pakar lompat jarak jauh' dan sekutunya;

"Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan."Baca di sini.

Kata Ibrahim Ali pulak yang jadi Presiden Perkasa;

"Bila rakyat sudah tidak berdaya mengurus Raja , mereka tidak lagi menghabiskan masa meminda perlembagaan .Sebaliknya seluruh sistem itu dilemparkan dalam bungkusan sejarah".-18 januari 1993. Baca di sini.

Kata Profesor Dr Aziz Bari;

“Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,” kata beliau lagi.

“Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.

“Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),” tambah beliau.

Aziz menambah, jika mahkamah membuat keputusan memihak Umno dalam kemelutu Selangor, maka ia perlu memutuskan bahawa pindaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.Baca di sini.

Kata bekas Mufti Perlis Dr Asri;

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.-Malaysiakini.

Puak-puak yang cadang supaya digantung dan dikenakan hukuman bunuh terhadap Adun Sri Muda patut berjumpa sifu mereka Tun Mahathir minta pandangan jangan melalak tak ketawan hala macam orang gila tak makan ubat. Begitu juga dengan Orang Besar Daerah Selangor Minta Adun Sri Muda Jangan Heret Sultan ,janganlah dah tua-tua belaka tapi perangai macam budak-budak tu , buka buku baca buku sebelum tidur , tengok apa Tun Mahathir kata semasa dia pinda perlembagaan dulu sewaktu jadi PM. Takkan budak-budak main mercun , bunga api kita pun nak main sama.

Berkaitan;
KDN:Kenyataan Shuhaimi 'lebih berbentuk hasutan'-Malaysiakini
Selangor lantik Param, Aziz Bari bantu pindaan perlembagaan-TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan