Rabu, 12 Januari 2011

Gambar Demo Sokong MB Selangor Dan Kerajaan Negeri

Dalam kesibukan waktu bekerja masih ramai rakyat Selangor ambik kesempatan untuk turun berdemo pertahankan MB Selangor dan kerajaan PR daripada terus diperkosa dan dirogol puak gerombolan Umno dan sekutunya.

Demo yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi dan berakhir jam 4 petang bermula dari Dataran Shah Alam menuju ke bangunan SUK. Laungan reformasi!, Hidup Rakyat!, BN Barang Naik!, Bawang Naik!, Allah huakbar!, Kami sokong MB! Daulat Tuanku! bergema hingga berhampiran bangunan SUK.Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Bagaimanapun para penunjuk perasaan tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan SUK dihalang pihak polis dan FRU dengan sekatan berpagar. MB Selangor Tan Sri Khalid berjalan kaki dari bangunan SUK untuk terima memorandum dan memberi ucapan kepada penunjuk perasaan. Demontrasi diakhiri dengan bacaan doa oleh Exco Agama Dr Hasan Ali.

Ada penunjuk perasaan yang kata , "Takkan nak masuk rumah sendiri pun tak boleh."Ini negara demokrasi kebebasan bersuara dan himpunan aman adalah lumrah dan tidak langgar
perlembagaan negara.

Baca juga;
400 berkumpul ikrar sokong Sultan, MB , Pakatan-Malaysiakini

Shuhaimi sedang beri keterangan kepada polis -Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Modern Talking,
    Kalau kacau jadi pulut kacau la ha ha

    BalasPadam