Selasa, 18 Januari 2011

Isu azan juga tutup buku


Saya rasa nak termuntah tengok gelagat mainan politik kotor untuk selesaikan isu azan di Masjid Al Ikhlasiah Kampung Kerinchi baru -baru ini. Isu azan dah selesai bila si kafir yang tak tau apa- apa tentang Islam yang juga ahli MCA pi minta maaf di pejabat Umno Lembah Pantai.Selesai semua dah tutup buku.

Sebelumnya pemimpin Umno kata isu azan ni dipolitikkan tak jadi isu pun. Ini kerana yang benci azan tu orang MCA adik beradik Umno. Cuba yang benci azan tu orang DAP rasa-rasa sampai pru 13 akan datang dimainkan isu azan ini untuk kaut untung politik murahan.Semua isu yang libatkan Umno dan adik beradiknya walaupun isu agama yang sensitif kira tutup buku, banyak senang dan mudah. Kalau NGO-NGO bersongkok tinggi nak perambat Cina tu balik 'Tong San' pun Umno tak akan layan lain la kalau yang tak suka azan tu Cina sokong PR.

Sama juga macam nasib Shuhaimi ,Adun Seri Muda buat kenyataan tentang Raja-Raja Melayu dianggap derhaka dimainkan isu ini berlarutan hingga sekarang tapi jika libatkan pemimpin Umno dan NGO songkok tinggi yang jadi bapa kepada segala sang penderhaka itu tak salah.Putar balik ayat-ayat puak penderhaka ni depa buat-buat tak tahu apa macam baru lahir dua tiga tahun lepas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan