Selasa, 4 Januari 2011

Kes menteri rogol amah pun tak selesai macam mana Pak Lah boleh jadi orang tengah?


Hadi Temui Nik Aziz selesai 'isu' pertemuan UG 24 Disember-The Malaysian Insider

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berhubung isu perbincangan kerjasama kerajaan perpaduan atau yang lebih dikenali sebagai “UG” dengan pemimpin-pemimpin Umno akhir bulan lalu.

Pertemuan itu dikatakan telah diusahakan oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

The Malaysian Insider difahamkan pertemuan enam mata hari ini dipanggil ekoran siri pertanyan dan kemusykilan ekoran laporan bahawa pertemuan sulit telah diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.

Difahamkan Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa juga hadir sama pada pertemuan tersebut yang memfokus perundingan menyentuh soal kerajaan perpaduan sempena majlis santapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadi dan Nasharudin dikatakan sebagai pihak utama kumpulan pro-Umno dalam parti Islam berusia enam dekad itu.

“Mereka (Nik Aziz, Hadi dan Mustafa) akan menangani kontroversi yang sudah tercetus ekoran pertemuan dan perundingan ke arah kerjasama kerajaan perpaduan sebelum Tuan Guru Nik Aziz secara rasmi memberikan penjelasan bagi pihak parti,” kata seorang pemimimpin parti itu.

The Malaysian Insider difahamkan ibu pejabat PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini ataupun esok.

Semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengakui pertemuan seumpama itu diadakan di ibu negara.

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu demi menjaga peraturan yang sepatutnya diikuti setiap pemimpin yang hadir.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Nik Aziz turut mengakui ada.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa,” kata beliau.

“Saya tidak boleh sebut (isi perbincangan) kerana ia didakan secara tertutup, kita perlu jaga peraturan jumpa orang besar, macam mana saya nak ulas,” katanya di Kota Baru semalam.

Pertemuan ketiga-tiga pemimpin itu akan diadakan di Kota Baru.

Laporan pagi semalam The Malaysian Insider menyebut, pemimpin-pemimpin PAS kini berhadapan dengan satu lagi ‘perbalahan’ ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.

Khabar angin ini muncul hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunannya.

Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan pada 2008 dan 2009.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS sejak dua tahun lalu.

Sumber-sumber yang rapat dengan usaha terbaru itu untuk membawa ke pangkuan Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa kedua-dua Hadi dan Nasharudin akan diberikan peranan penting di Putrajaya jika parti berkenaan memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat.Baca lagi di sini.

Keratan akhbar di atas ialah akhbar tidak berkala 'Naskhah Keadilan' keluaran terbaru 4 januari 2011 mukasurat 28 yang memperli sakan pertemuan 24 Disember itu oleh Hishamuddin Rais (TT) yang ditulis dalam bentuk cerpen pendek.Antara lain TT menulis ;

Lelaki Parouk bangun dan berkata , "kita semua ni Melayu .Saya Melayu dulu..kemudian baru Jawa .Cina naik tocang kerana ada pengkhianat di kalangan orang Melayu .Kalau tak ada dalang ini mana mungkin oran Cina ni berani ..." Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam dan mendengar.

Tiba-tiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan,"...Mu la ni ada kempen Satu Malaysia ?..lagu mano mu royak satu Malaysia ...mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo..mu ni cakap pada ambo lain pada tibi tiga mu royak lain pulok ..mana yang hamba boleh pakaimu ni orang munafik ..Ambo tok seeeh..Ambo tak suka orang munafik ni..."

Pak Lah kes menteri rogol amah pun tak boleh selesai macammana boleh jadi orang tengah?Chegubard dah nak buat report polis baca di sini.

Berkaitan;
Pak Lah tak perlu sibuk satukan Umno dan Pas-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan